PASIR MAS: Malaysia akan segera memulakan proses rundingan dengan Thailand berhubung pembinaan jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok yang berdekatan dengan sempadan kedua-dua negara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rundingan itu perlu disegerakan susulan kenyataan bersama kedua-dua negara ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand pada 26 Feb lalu.
"Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand mengeluarkan kenyataan bersama iaitu antaranya memulakan semula rundingan bagi mempercepatkan projek melibatkan dua negara seperti jambatan ini.
"Kerajaan sebelum ini telah meluluskan peruntukan RM210 juta pada November 2020 bagi membina jambatan sepanjang 116 meter untuk mengatasi beberapa isu antaranya kesesakan aliran trafik keluar masuk di kedua-dua negara, selain merancakkan pertumbuhan ekonomi," katanya kepada pemberita selepas Lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata pembinaan itu terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa faktor yang perlu dipersetujui oleh kedua-dua negara selain disebabkan penularan pandemik COVID-19.
Beliau berkata rundingan itu perlu mendapat persetujuan daripada kedua-dua negara kerana ia melibatkan jarak jambatan, reka bentuk, kos perkongsian pembinaan dan pelbagai isu.
"Kita harap sebarang isu yang timbul dapat diatasi segera kerana kedua-dua pemimpin sebelum ini telah bersetuju untuk kembalikan semula rundingan," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata lawatan beliau di ICQS hari ini adalah bertujuan meninjau perkembangan terkini projek jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dan Projek baharu ICQS yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Projek ini akan merancakkan perdagangan antara dua negara sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, khususnya negeri Kelantan dan mempercepatkan pemulihan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Mustapa berkata rundingan itu perlu disegerakan susulan kenyataan bersama kedua-dua negara ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand pada 26 Feb lalu. - Gambar/ Bernama
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok
Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram.
Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki menyeberang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, semalam.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Tiga sungai utama Kelantan pada paras berjaga-jaga - JPS
Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari ini.
Paras air Sungai Semerak, Pasir Puteh catat bacaan peringkat amaran pagi ini - JPS
Bacaan paras Sungai Semerak di Pasir Puteh dicatatkan berada pada paras amaran setinggi 2.47 meter sehingga 8 pagi ini.
PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk ke Golok
Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi Sungai Golok menggunakan laluan tidak diwartakan.
KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia
KPM menyiasat laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.