KOTA BHARU: Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari ini.


Ringkasan AI
  • Tiga sungai utama di Kelantan melebihi paras berjaga-jaga: Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Sungai Golok di Rantau Panjang, dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.
  • Sungai Kelantan di Kampung Sokor mencatatkan ketinggian 18.43 meter, melebihi paras berjaga-jaga 18.0 meter.
  • Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan ketinggian 7.38 meter, melebihi paras berjaga-jaga 7.00 meter, manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh susut kepada paras berjaga-jaga 2.02 meter.


Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai berkenaan adalah Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah dengan ketinggian 18.43 meter berbanding paras berjaga-jaga 18.0 meter.

Sungai Golok di Rantau Panjang juga melebihi paras berjaga-jaga (7.00 meter) iaitu 7.38 meter.

Sementara itu Sungai Semerak di Pasir Puteh yang dicatatkan pada aras amaran pagi tadi susut kepada paras berjaga-jaga iaitu dengan ketinggian 2.02 meter.

Selain itu, semua sungai lain direkodkan berada pada paras normal.

-- BERNAMA