TUMPAT: Polis menemui petunjuk dalam kejadian dua mangsa yang dikhuatiri hilang di Sungai Kelantan Kampung Pasir Pekan Hulu di sini dan akan meluaskan kawasan pencarian.
Dua mangsa yang masih hilang ialah Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, serta anak saudaranya, Amrullah Fitri Afendi, 10.
Ketua Polis Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pasukan penyelamat di air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melakukan selaman di kawasan petunjuk berkenaan.
Menurut beliau, bagaimanapun terdapat halangan ketika ini apabila air sedang pasang dan alirannya deras.
"Kami terima petunjuk daripada penduduk dan kita akan tumpukan perhatian di kawasan itu. Kita akan luaskan pencarian kepada 200 meter pada tengah hari nanti," katanya.
Beliau memberitahu, semua maklumat yang diterima daripada anggota penyelamat dan penduduk kampung akan diambil perhatian.
Amran juga berharap, mangsa akan ditemui selepas pelbagai usaha dilakukan.
"Selain keluarga mangsa melaksanakan solat hajat, kita turut berharap doa orang ramai supaya semua mangsa ditemui," katanya.
Beliau memberitahu, jika penduduk ada ternampak objek boleh memaklumkan kepada polis untuk tindakan.
Operasi mencari dan menyelamat dua mangsa terbabit melibatkan 79 anggota penyelamat termasuk polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), dan anggota tentera dengan 13 buah bot.
Turut membantu ialah penduduk kampung yang menggunakan dua buah bot.
Pada Sabtu Sinar Harian melaporkan, seorang wanita lemas selepas terjatuh dari bot yang dikatakan terhenti secara tiba-tiba dalam kejadian di Sungai Kampung Kutan Hulu pada Jumaat.
Ketika kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, suami dan anak saudara mereka yang turut bersama masih hilang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 01 2023

Amran berkata, pasukan penyelamat di air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melakukan selaman di kawasan petunjuk berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh bot di Rompin
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah bot di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin, Rompin, pada Sabtu.

Nelayan terjatuh di perairan Batu Laut ditemukan meninggal dunia
Mangsa R. K Kesavan, 60, dijumpai oleh nelayan tempatan pada kedudukan enam batu nautika barat daya Tanjung Gabang.

Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Warga emas hilang selepas perahu dilanggar bot laju
Seorang lelaki warga emas hilang selepas terjatuh ke dalam sungai apabila perahunya berlanggar dengan sebuah bot laju di kawasan antara Kampung Sua dan Kampung Klid, Batang Oya, Dalat hari ini.

Warga emas dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai di Segamat
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kampung Balai Badang, Buloh Kasap.

Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.

Lelaki maut jatuh bot di Tasik Temenggor akibat lemas, tiada unsur jenayah - Polis
Siasatan mendapati mangsa terjatuh ketika mahu mengikat tali rakit di rumah bot tersebut.

Lelaki hilang bot bertembung di Tasik Kenyir
Seorang lelaki dilaporkan hilang manakala seorang lagi cedera di kepala selepas terjatuh dari sebuah bot di Sungai Pertang, Tasik Kenyir, pada kira-kira 11 pagi tadi.

Insiden jatuh bot: Polis jumpa petunjuk
Polis menemui petunjuk dalam kejadian dua mangsa yang dikhuatiri hilang di Sungai Kelantan Kampung Pasir Pekan Hulu di sini dan akan meluaskan kawasan pencarian.

Insiden jatuh bot: 'Saya harap anak ditemui hari ini' - Bapa
Bapa kepada seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas dalam Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu berharap anaknya ditemui hari ini.