BANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia dan Brunei bersetuju meneruskan rundingan dan konsultasi untuk meneliti dan memuktamadkan cadangan projek Lebuhraya Trans Borneo yang menghubungkan kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan projek itu meliputi dua fasa iaitu bagi fasa satu pembinaan kini pada tahap 77 peratus, manakala fasa dua akan melibatkan Brunei dalam dua segmen.
Lebuhraya Trans Borneo merupakan sistem rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan Kalimantan (Indonesia), Sarawak dan Sabah (Malaysia) dan Brunei Darussalam.
Ismail Sabri berkata segmen satu adalah menaik taraf dan membina semula laluan jajaran dari persimpangan Kuala Baram di Miri ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujoh di Kuala Belit, Brunei sepanjang lima kilometer, dijangka bermula pada tahun 2023.
"Segmen dua pula adalah pembinaan jalan baharu dan naik taraf jalan sedia ada sepanjang 74 kilometer melalui Limbang dan Lawas," katanya pada sidang media pada akhir lawatan rasminya ke Brunei.
Perdana Menteri berkata segmen dua kini dalam proses mereka bentuk serta mengambil balik tanah, yang dijangka siap dalam masa 48 bulan.
"Pelaksanaan kedua-dua projek ini akan memperkemaskan kesalinghubungan antara Malaysia dan Brunei. Tuanku Baginda Seri Sultan dan saya, bersetuju kedua-dua negara meneruskan rundingan dan konsultasi untuk meneliti dan memuktamadkan cadangan projek-projek ini," katanya yang sebelum itu mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Ismail Sabri berkata perbincangan dengan Sultan Brunei turut sepakat, supaya Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama Persempadanan Darat yang dipersetujui pada 2011 di peringkat pegawai kanan, diadakan pada kadar segera.
Beliau berkata dalam tempoh 11 tahun, hanya 87.27 kilometer daripada 528.45 kilometer sempadan darat atau 17 peratus yang telah disusun dan ditanda, dan daripada jumlah itu hanya 34.15 kilometer yang telah dimuktamadkan.
"Kedua-dua negara bersetuju untuk menandatangani MoU bagi kawasan itu yang telah dimuktamadkan. Seterusnya, Jawatankuasa Persempadanan Darat akan bermesyuarat untuk memuktamadkan kawasan yang selebihnya dengan segera," katanya.
Selain itu, turut dibincangkan pada pertemuan dengan Sultan Brunei adalah beberapa isu serantau antaranya situasi di Myanmar, yang membimbangkan banyak pihak baik dalam kalangan ASEAN serta masyarakat antarabangsa, serta isu berkaitan Laut China Selatan.
Perdana Menteri berkata dari perspektif Malaysia dan Brunei, ASEAN perlu terus memainkan peranan secara berkesan dan pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara amat penting dan sangat diperlukan.
Bagi isu Laut China Selatan, Ismail Sabri berkata perkara itu perlu terus diurus secara aman dan rasional melalui dialog dan rundingan, menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai serta berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa.
Beliau berkata Malaysia juga menekankan kepentingan pelaksanaan penuh dan berkesan terhadap Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) secara keseluruhannya, dan kesimpulan awal bagi Kod Tata Laku di Laut China Selatan (COC).
Lawatan dua hari Ismail Sabri ke Brunei itu adalah yang pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ogos lepas.
Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta menteri pengiring Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada 6.17 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022
Perdana Menteri berkata dari perspektif Malaysia dan Brunei, ASEAN perlu terus memainkan peranan secara berkesan dan pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara amat penting dan sangat diperlukan. - Bernama
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
Malaysia minat jalin kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center - Gobind
Malaysia intai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center yang membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
Malaysia perkukuh kerjasama dengan EU bagi pembangunan bandar pintar
Gobind berkata melalui pelbagai inisiatif kerajaan, sasaran untuk mencapai 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dapat dicapai.
Dasar luar Malaysia kekal meskipun jadi rakan BRICS
Dasar Luar Negara yang diamalkan Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik, walaupun sudah menjadi rakan dalam gabungan BRICS baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
A.S. Memilih: Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden, dasar luar Malaysia tidak berubah
Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.
Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.