Sebuah bangunan dua tingkat yang dijadikan rumah tumpangan dengan menempatkan 20 bilik di Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Kebakaran pada 3.10 petang itu turut memusnahkan dua kaunter tiket bas dan sebuah kedai kasut terpakai yang beroperasi di tingkat bawah bangunan berusia lebih 50 tahun itu.
Tiga penghuni di rumah tumpangan berkenaan dan empat peniaga sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari berlakunya kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khalil Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.14 petang dengan jentera pertama tiba di lokasi kebakaran seminit kemudian.
"Ketika bomba tiba, api sedang marak dan merebak di bangunan yang diperbuat daripada kayu itu. Tambahan pula angin kuat menyukarkan kami memadamkan kabakaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Mohd Khalil berkata api berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan bersebelahan pada pukul 3.29 petang dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian dengan kekuatan tiga jentera dan 20 pegawai serta anggota bomba.
"Operasi memadam kebakaran di bangunan berkeluasan 120 kaki persegi itu turut dibantu kira-kira 50 anggota daripada enam pasukan Bomba Sukarela," katanya.
Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, penghuni rumah tumpangan yang hanya ingin dikenali sebagai Ravi berkata dia sedang berehat di dalam bilik sebelum terdengar jeritan mengenai kebakaran.
"Saya keluar dari bilik untuk melihat dan nampak asap, saya terus lari menyelamatkan diri. Beberapa helai pakaian tidak sempat ambil...nasib baik dompet dan telefon bimbit ada dalam poket seluar," kata lelaki berusia 30-an itu.
Bernama
Sun Jan 10 2016
Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah bangunan dua tingkat rumah tumpangan 20 bilik di Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar Butterwoth, Ahad. - Foto Bernama
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Rumah tumpangan di Butterworth musnah dalam kebakaran
Sebuah bangunan dua tingkat yang dijadikan rumah tumpangan dengan menempatkan 20 bilik di Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar di sini musnah dalam kebakaran hari ini.