JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memperkenalkan Rumah Transit Bangsa Johor tahun ini sebagai satu daripada usaha untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, skim rumah tersebut berbeza dengan konsep 'Rent-to-Own' atau 'Sewa-Untuk-Beli' iaitu untuk skim terbaharu ini, penyewa akan membayar kadar sewa sebanyak RM650 sebulan.
"Mereka yang menduduki Rumah Transit Bangsa Johor akan membayar sewa RM650 sebulan tetapi ada pecahan iaitu RM455 akan digunakan untuk bayaran sewa (manakala) RM195 akan digunakan untuk tabungan mereka.
"Dalam tempoh lima tahun, individu akan mempunyai tabungan RM11,000. Duit tabungan boleh digunakan untuk membayar deposit untuk rumah seterusnya," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran transformasi perkhidmatan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) di sini pada Khamis.
Beliau berkata untuk tahun ini, kerajaan negeri akan membina 92 unit Rumah Transit Bangsa Johor dan 500 unit dalam masa lima tahun akan datang.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu turut memuji pelbagai pembaharuan yang dilakukan PKPJ terutama melibatkan tadbir urus kerajaan.
"PKPJ berjaya menyelesaikan sebanyak 300 fail (pelepasan dan penawaran hartanah bumiputera) yang telah tertunggak bertahun-tahun, berjaya diselesaikan dalam masa empat bulan.
"Mereka bekerja siang malam, melibatkan hartanah bernilai RM3.8 bilion, yang juga memberikan hasil kepada kerajaan negeri sebanyak RM243 juta," kata Onn Hafiz.
Selain itu, Onn Hafiz berkata PKPJ dengan kerjasama pelbagai agensi juga berjaya menyelesaikan 2,800 hak milik strata dalam masa setahun, dengan ada antaranya tertunggak hingga 10 tahun.
"Tidak kurang juga inisitiatif mengurangkan karenah birokrasi. Antara perkara yang dilakukan adalah dari segi permohonan, contohnya permohonan Rumah Mampu Milik, saya difahamkan dulu 17 dokumen perlu diserahkan.
"Hari ini tidak perlu 17 borang, hanya lima dokumen sahaja yang diperlukan," katanya.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Syukor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
![Rumah Transit Bangsa Johor bantu rakyat miliki rumah sendiri Rumah Transit Bangsa Johor bantu rakyat miliki rumah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676246314_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, skim rumah tersebut berbeza dengan konsep 'Rent-to-Own' atau 'Sewa-Untuk-Beli' iaitu untuk skim terbaharu ini, penyewa akan membayar kadar sewa sebanyak RM650 sebulan. - Gambar fail/BERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726991915_TBZAHIDRUMAH.jpg)
Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid
Hanya kerajaan Johor yang memberikan kemudahan menyewa rumah dengan sebahagian daripada harga sewa menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
![Rumah Transit Bangsa Johor bantu rakyat miliki rumah sendiri Rumah Transit Bangsa Johor bantu rakyat miliki rumah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676246314_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Rumah Transit Bangsa Johor bantu rakyat miliki rumah sendiri
Penduduk akan bayar sewa RM650 sebulan mengikut pecahan RM455 sebagai bayaran sewa, manakala, RM195 untuk tabungan mereka.