Pelbagai taktik bagi menarik pelanggan bagi penawaran khdimat seks.

Premis yang diserbu polis malam tadi juga seolah-olah terdesak memancing pelanggan memberi kelainan dengan meletakkan pekerja seks di dalam cermin seperti di dalam akuarium.

Bagaimanapun kegiatan itu terbongkar setelah polis menyerbu premis berkenaan.

Serbuan bermula jam 12.30 malam oleh pasukan polis dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, diketuai Pegawai Turus DSP Azmi Shukor bersama dua pegawai dan 10 anggota.

Ketika serbuan rata-rata wanita terbabit sedang melayan pelanggan di bilik yang dikhaskan.

Sebaik menyedari premis diserbu, ada di antara mereka cuba melarikan diri ke tingkat dua premis.

Modus operandi premis berkenaan adalah dengan memperagakan wanita warga asing di dalam cermin seperti di dalam akuarium sebelum pelanggan membuat pilihan.


Siasatan awal mendapati premis terbabit mempromosikan kegiatan terbabit melalui aplikasi WeChat dan hanya pelanggan tetap sahaja yang di benarkan memasuki premis.

Premis terbabit menawarkan khidmat urutan batin dengan harga RM150 sejam.

Hasil serbuan, seramai 11 wanita warga Vietnam dan China ditahan.

Turut ditahan 12 pelanggan serta dua penjaga premis warga tempatan.

Minyak urut, tuala, tisu serta wang tunai lebih RM2,000 dirampas dalam serbuan ini.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 35 tahun, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.