Langkah pilihan yang bakal diambil terhadap rumah peninggalan bapa pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, yang beralamat di Nombor 38, Oxley Road, akan terus dikaji, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.
Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, berkata beliau akan berbincang dengan rakan-rakan setugasnya sama ada perlu untuk menyenaraikan langkah pilihan itu.
"Ini bertujuan membolehkan orang ramai turut memikirkan tentang perkara itu, tanpa perlu membuat sebarang keputusan," katanya ketika menyampaikan Kenyataan Pembukaan mengenai Jawatankuasa Peringkat Menteri yang ditubuhkan berhubung rumah berkenaan di Parlimen hari ini.
"Lee Hsien Yang (anak lelaki bongsu Kuan Yew) kini menjadi pemilik hartanah itu. Seperti yang terkandung dalam wasiat terakhir Encik Lee Kuan Yew bertarikh 17 Dis. 2013, Dr Lee Wei Ling (anak perempuan Kuan Yew) boleh tinggal di rumah itu selama mana yang beliau mahu," kata Teo, yang mempengerusikan jawatankuasa itu.
Menurutnya jawatankuasa berkenaan ditubuhkan kerana wujudnya unsur kepentingan awam yang mendalam apabila membuat pertimbangan tentang pilihan yang boleh dilaksanakan berhubung rumah itu.
Teo berkata: "Terdapat salah tanggapan bahawa kerajaan sedang membuat keputusan mengenainya."
"Jawatankuasa Peringkat Menteri tidak membuat keputusan mengenainya," katanya sambil memberitahu bahawa ia telah menjelaskan kepada Hsien Yang dan Dr Lee bahawa Jawatankuasa Peringkat Menteri dan Kabinet tidak akan membuat keputusan mengenainya.
"Keputusan tidak perlu dibuat selagi Dr Lee terus mendiami rumah berkenaan. Itulah kehendak Encik Lee dan apa yang dinyatakan dalam wasiat beliau. Mungkin 20 atau 30 tahun kemudian barulah keputusan perlu dibuat mengenainya.
"Bagaimanapun, jika Dr Lee mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah itu lebih awal, katakanlah dalam masa beberapa bulan lagi, maka Kabinet perlu membuat keputusan dan sebab itulah pentingnya mengkaji beberapa pilihan," katanya.
Beliau memberitahu Parlimen bahawa tugas jawatankuasa itu ialah membuat penilaian tentang kepentingan rumah berkenaan dari segi sejarah dan warisan, hasrat Kuan Yew serta kemungkinan rancangannya berkaitan hartanah itu dan kejiranannya serta pilihan untuk masa depan.
"Ia adalah kediaman perdana menteri pengasas kita. Di Ruang Makan tingkat bawah rumah itulah banyak perbincangan penting diadakan serta keputusan kritikal diambil mengenai masa depan Singapura oleh Encik Lee dan para pemimpin perintis kita," katanya.
Teo berkata dalam mesyuarat Kabinet pada Julai 2011, Kuan Yew menyuarakan hasrat beliau agar rumah itu dirobohkan namun beliau mendengar dengan teliti pandangan yang dikemukakan anggota Kabinet lain.
"Dalam menyuarakan hasrat peribadinya itu, beliau tetap bertindak dengan amat wajar. Beliau tidak memberi sebarang arahan kepada Kerajaan. Beliau sedar tentang tanggungjawab kerajaan dan undang-undang berhubung perkara itu.
"Lima bulan kemudian, beliau menulis surat kepada Kabinet untuk memaklumkan kepada kami bahawa beliau telah memikirkan tentang perkara itu.
"Selepas itu, menurut apa yang dimaklumkan kepada kami oleh benefisiari hartanahnya, beliau juga menyatakan hasratnya tentang hartanah itu pada Perenggan 7 dalam wasiat terakhirnya."
Teo berkata pada 27 Julai 2016, jawatankuasa itu mengutuskan surat kepada semua anak Kuan Yew untuk menjemput mereka berkongsi sebarang pandangan yang mereka inginkan tentang pemikiran bapa mereka mengenai hartanah berkenaan serta konteks dan keadaan berkaitan pemikiran beliau yang melangkaui apa yang dinyatakan kepada umum agar perkara itu boleh diambil kira.
Anak-anak Kuan Yew membalas surat jawatankuasa itu dan memberi pandangan mereka termasuk mengenai penyediaan deraf wasiat terakhir itu, kata Teo.
Mengenai perkara yang menjadi kepentingan jawatankuasa itu, Teo berkata ia tidak lebih daripada untuk mendapatkan gambaran sepenuh mungkin tentang perkara yang terkandung dalam fikiran Kuan Yew mengenai rumah itu.
"Saya ingin menegaskan bahawa jawatankuasa berkenaan tidak akan membuat keputusan mengenai dakwaan siapakah yang benar dan apa yang kami cuba lakukan ialah memahami dengan sebaik mungkin tentang hasrat dan pemikiran En Lee."
Teo berkata penjelasan perlu dibuat bahawa perbezaan pendapat yang berlaku telah muncul sebelum jawatankuasa itu dibentuk pada Jun 2016.
"Jawatankuasa itu bukan dibentuk berikutan timbulnya perbezaan pandangan, dan perbezaan pendapat yang timbul itu tidak akan lenyap jika ia dibubarkan," kata beliau.
Teo berkata secara peribadi, beliau tidak menyokong pilihan agar rumah itu dipulihara supaya pengunjung dapat memasukinya serta melihat ruang peribadi kerana "ia bertentangan sepenuhnya dengan hasrat Encik dan Puan Lee Kuan Yew."
Beliau juga tidak menyokong pilihan agar rumah itu dirobohkan atau dipindahkan kerana "ia akan menyebabkan bahan bersejarah itu diperguna untuk meraih keuntungan peribadi, contohnya, dipasarkan sebagai "tinggal di bekas rumah Encik Lee Kuan Yew".
"Itulah pandangan saya," kata Teo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2017
Teo berkata dalam mesyuarat Kabinet pada Julai 2011, Kuan Yew menyuarakan hasrat beliau agar rumah (gambar) itu dirobohkan namun beliau mendengar dengan teliti pandangan yang dikemukakan anggota Kabinet lain. Gambar REUTERS
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
Rumah Kuan Yew: Langkah pilihan dikaji
Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, berkata beliau akan berbincang dengan rakan-rakan setugasnya sama ada perlu untuk menyenaraikan langkah pilihan itu.