BANDAR PERMAISURI: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Setiu tidak dapat menahan rasa hiba apabila mengetahui sebahagian daripada rumahnya di Kampung Hulu Seladang, di sini roboh dirempuh kepala air, tengah hari semalam.
Lebih memilukan Nor Zihan Adam, 37, apabila kejadian itu berlaku ketika beliau sedang bertugas membantu mangsa banjir di kampung lain.
"Saya dihubungi suami, Mohd Hairuzi Hamzah, 40, semalam memberitahu rumah kami rosak dilanda kepala air pada 12.30 tengah hari.
"Sebaik mengetahui kejadian itu, saya mohon kebenaran untuk pulang tetapi pegawai saya minta agar saya tunggu dulu kerana keadaan waktu itu agak berbahaya memandangkan air yang melimpah di atas jalan raya masih deras," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Menurutnya setelah keadaan lebih baik, beliau dihantar dengan menaiki bot menyeberangi laluan yang terputus sebelum terpaksa berjalan kaki sejauh hampir empat kilometer ke rumahnya berikutan jalan dinaiki air.
Nor Zihan berkata apabila sampai di rumah, beliau begitu sedih melihat kediaman yang didiami sejak empat tahun lepas itu roboh di bahagian dapur dan bilik tidur.
"Bahagian tersebut roboh akibat dirempuh sisa pokok dan kayu yang dihanyutkan arus kepala air yang melanda sebanyak dua kali semalam iaitu pada kira-kira 7 pagi dan 12 tengah hari.
"Rumah kami juga pernah dilanda kepala air tahun lepas kerana terletak hanya 10 meter dari Sungai Setiu," katanya yang tetap bersyukur kerana ketika kejadian kepala air semalam, suami dan anak-anaknya berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Seladang.
Menurutnya buat masa ini mereka sekeluarga akan tinggal di PPS itu sementara kerja-kerja baik pulih rumah dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Mohd Hairuzi Hamzah, 40, menunjukkan keadaan rumahnya yang rosak selepas dilanda banjir sehingga menyebabkan lantai rumah runtuh di Kampung Seladang hari ini. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rumah anggota APM roboh dirempuh kepala air
Lebih memilukan apabila kejadian itu berlaku ketika anggota tersebut sedang bertugas membantu mangsa banjir di kampung lain.

Siasatan anggota APM maut dipatuk ular selesai dua minggu lagi
Laporan siasatan kes kematian anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mohd Idris Abdul Samad, 34, akibat dipatuk ular tedung, dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.

Banjir: 180 pegawai, anggota APM dari sembilan negeri digerakkan ke Johor
Seramai 180 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari sembilan negeri telah digerakkan ke Johor berikutan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.

Banjir: Anggota APM teruskan tugas walau rumah sendiri ditenggelami air
Walaupun mengetahui rumah sendiri dinaiki air setinggi paras dada namun seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetap meneruskan tugasnya membantu mangsa banjir.

Anggota APM maut dalam kemalangan selepas sempurnakan jenazah pesakit COVID-19
Kemalangan berlaku apabila sebuah treler tidak berhenti sewaktu lampu isyarat merah lalu merempuh bahagian hadapan kanan motorsikal mangsa.

Lepaskan kepala anjing tersangkut tin, anggota APM dapat 'tabik'
Gambar dua anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Jasin, menyelamatkan seekor anjing liar yang tersangkut kepalanya pada tin biskut mendapat perhatian netizen.