BACHOK: Seramai 180 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari sembilan negeri telah digerakkan ke Johor berikutan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Negeri yang terlibat itu adalah Perak, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kesemua petugas APM berkenaan ditempatkan di tiga daerah iaitu Batu Pahat, Segamat dan Muar.
"Memandangkan situasi banjir di Johor agak serius, APM turut memberi bantuan dari segi aset dan logistik bagi membantu mangsa yang terkesan.
"Antaranya, enam unit lori, 12 pacuan empat roda, 14 bot, satu set generator dan 23 jaket keselamatan diberikan dalam penugasan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 Tahun 2022 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, di sini hari ini.
Beliau turut memuji tindakan awal mangsa banjir untuk menyelamatkan diri dengan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tanpa menunggu bantuan daripada pihak berkuasa tiba.
"Untuk rekod, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS pada Monsun Timur Laut 2022/2023 mengalami peningkatan drastik iaitu 183,454 orang setakat ini berbanding 181,907 pada MTL sebelum ini," katanya.
Sementara itu, mengenai majlis pentauliahan berkenaan Armizan berkata pembabitan belia di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) menerusi Kor Sispa merupakan antara komponen utama dalam APM bagi memperkasakan penglibatan orang awam sebagai sukarelawan di peringkat nasional, negeri mahupun daerah.
"Mereka ini akan bertindak sebagai 'first responder' yang terlatih bagi menghadapi acaman bencana dan kecemasan," katanya.
Pada majlis itu, seramai 902 Pegawai Kadet Sispa daripada Kor Sispa IPT dan IPG di seluruh negara ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Seramai 180 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari sembilan negeri telah digerakkan ke Johor berikutan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas. - Gambar fail/APM

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa banjir terus menurun, lebih banyak PPS ditutup malam ini
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.

Mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang daripada 1,788 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini.

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,760 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus bertambah kepada 6,760 orang setakat 8 malam ini, meningkat berbanding 6,575 orang petang tadi manakala situasi di Perlis dan Pulau Pinang bertambah baik.

Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang menunjukkan penurunan, manakala Johor tidak berubah dengan jumlah keseluruhan 278 mangsa masih berlindung di enam PPS di tiga negeri berkenaan, petang ini.

Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun, manakala situasi di Sabah kekal menjadikan jumlah mangsa malam ini sebanyak 459 orang.

Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma
Banjir di tiga negeri kian pulih dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 85 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 114 orang di lima PPS petang tadi.

Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan sedikit kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat.