Operasi menyelamatkan anjing dilakukan anggota APM Jasin, Mohd Nur Shaiful Ibrahim, 29, dan Adri Sofian Seru Rahman, 20, bersama dua rakan setugas yang pantas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan mengenai nasib haiwan itu daripada orang awam.
Memetik laporan portal Harian Metro, Mohd Nur Shaiful berkata mereka membuat persediaan yang sepatutnya termasuk memakai sarung tangan.
“Kami sudah lakukan persediaan awal termasuk memakai sarung tangan, sebelum ini saya pernah menghadiri kursus dan latihan menyelamat serta mengendalikan haiwan,” katanya.
Tambah Nur Shaiful, operasi menyelamatkan anjing itu mengambil masa 15 minit.