Kementerian Kewangan memberi jaminan wang tunai petroleum (WTP) akan dibayar kepada kerajaan Terengganu mengikut jadual yang ditetapkan seperti sebelum ini.
Lazimnya, pembayaran itu akan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada pada bulan Mac disusuli bulan September bagi pembayaran kedua.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan.
Menurut Tengku Zafrul, penilaian jumlah pembayaran wang itu juga akan dilaksanakan.
“Itu (pembayaran) masih lagi dalam perbincangan… Insya-Allah kita positif dan optimis bulan sembilan (September) Insya-Allah… pembayaran akan sentiasa dibuat… banyak (jumlah) itu kena kira dulu.,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, di sini pada Ahad.
Tahun lalu, kerajaan negeri menerima RM1.277 bilion WTP dari kerajaan Persekutuan yang dibayar secara berperingkat mulai Januari hingga September.
Sebelum ini kerajaan Persekutuan bersetuju mengurangkan kadar pemotongan hutang kerajaan Terengganu kepada lima peratus berbanding 25 peratus sebelum ini, melalui royalti minyak atau WTP bagi tahun 2020.
Terengganu juga pernah menyuarakan harapan supaya pemotongan 25 peratus hutang kerajaan negeri menerusi royalti minyak atau WTP dipertimbangkan semula oleh kerajaan Persekutuan.
Pemotongan itu bagi membolehkan kerajaan negeri memberi tumpuan yang lebih khusus kepada keperluan rakyat negeri ini terutama ketika menghadapi kesan penularan pandemik COVID-19.
Nur Fazlizai Ali
Sun Sep 06 2020

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) membincangkan sesuatu bersama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika kunjungan hormat di Wisma Darul Iman pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Amzad nafi pentadbiran kerajaan Terengganu bermasalah dengan istana
Datuk Ahmad Amzad Hashim menafikan beliau terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana.

Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800
Penjawat awam di Terengganu akan terima bonus sebanyak RM800 yang akan dibayar pada bulan Januari.

COVID-19: Menteri Besar Terengganu diarah jalani kuarantin 14 hari
Aarahan kuarantin dibuat susulan ADUN Rhu Rendang itu memiliki kontak dengan dua individu positif COVID-19 beberapa hari lalu.

Royalti minyak: Kerajaan jamin Terengganu akan terima bayaran ikut jadual
Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada pada bulan Mac disusuli bulan September bagi pembayaran kedua.

Calon MB Kedah, Pas serah kepada Sultan untuk putuskan
Ahmad Samsuri menjelaskan sehingga kini Pas belum memuktamadkan sebarang nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu untuk mengisi jawatan Menteri Besar Kedah yang baharu.

'Bukan masanya untuk bersantai-santai' - Semua pusat peranginan dan hotel di Terengganu ditutup
Kesemua pusat peranginan, pulau dan hotel di Terengganu ditutup seiring dengan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini.

Terengganu terima RM700 juta wang royalti Mac ini
Kerajaan Terengganu dijangka menerima bayaran wang royalti atau Wang Tunai Petroleum (WTP) sebanyak RM700 juta pada bulan Mac nanti.

Hadi Awang bincang kerjasama dengan Abang Jo
Pertemuan tersebut dilakukan bagi membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua negeri yang ditadbir Pas iaitu Kelantan dan Terengganu dengan Sarawak.

Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna
Beberapa penambahbaikan akan dibuat di jambatan angkat atau 'drawbridge' di Terengganu terutama yang melibatkan aspek kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.

Ahmad Samsuri tetap bertanding jawatan Naib Presiden Pas
Beliau berkata, keputusannya untuk terus bertanding adalah bagi menghormati pencalonan yang telah dibuat oleh aqnggota akar umbi.