Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gara tersebarnya berita bahawa terdapat sebuah 'kilang roti benggali' di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki.
Presiden Persatuan Penjual-Penjual Roti Benggali Pulau Pinang P. Manogaran berkata hanya terdapat dua kilang dan sebuah kedai yang menghasilkan roti jenis itu di negeri ini iaitu Maliia Bakery di Jalan Transfer, Uni Bakery di Air Itam dan Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat.
"Terdapat 150 vendor berdaftar di seluruh Pulau Pinang dengan persatuan ini dan kesemua mereka hanya mengambil roti dari tiga pembekal itu sahaja selama lebih 35 tahun lepas.
"Pembuat roti berkenaan guna cara moden dan mereka telah lama dalam bidang itu. Kebersihan dan kualiti roti keluaran mereka berada pada tahap terbaik, kalau tidak percaya, saya jemput orang ramai datang lihat sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Sabtu.
Beliau berkata sejak berita itu tersiar di akhbar Kosmo dan dipetik pelbagai laman sesawang dua hari lepas, jualan roti benggali merosot lebih 50 peratus selain restoran serta kedai makan menghentikan pengambilannya buat sementara waktu berikutan keengganan orang ramai membelinya.
Sementara itu, rakan kongsi Maliia Bakery (M) Sdn Bhd Datuk Mariadas Gopal berkata kilangnya menghasilkan 12,000 buku roti benggali setiap hari menggunakan mesin yang mampu mengadun 150 kilogram tepung untuk bekalan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Beliau kesal dengan penyebaran berita itu beserta sekeping gambar hiasan menunjukkan beberapa pekerja memijak tepung tanpa memakai alas kaki di laman sosial dan berkata sebuah cawangan kedainya di Butterworth terpaksa menghentikan operasi sejak dua hari lepas kerana tiada permintaan.
"Kita tidak pernah simpan stok kerana roti benggali yang dibuat habis dijual setiap hari. Kilang kami menjalani prosedur kebersihan yang ketat... jadi kami minta pelanggan tidak perlu bimbang dengan kebersihan produk keluaran kami," katanya.
Mariadas berkata beliau sudah berbincang dengan peguam bagi meminta akhbar berkenaan memperbetul kenyataan berhubung kewujudan kilang roti benggali yang menjejaskan reputasi pengeluar roti berkenaan di negeri ini.
Beliau berkata jika akhbar itu gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.
Bernama
Sat Oct 12 2013
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
Jemaah Malaysia perlu jadi contoh dalam soal kebersihan - Mohd Na'im
Jemaah haji Malaysia sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai yang berdisplin serta berilmu dalam pelbagai aspek.
Jemaah haji diingatkan jaga kebersihan, kekalkan imej baik negara
Kebersihan maktab turut mencerminkan kemabruran haji seseorang sebagai tetamu Allah selain ia amat dituntut dalam agama.
Kompaun jika beri merpati makan
MBPP akan mengambil bertindak tegas ke atas mereka yang membuang sampah dan sisa makanan merata-rata termasuk pemberi makanan kepada burung merpati atau haiwan lain di negeri ini.
JKNK arah 12 premis makanan ditutup 14 hari
Operasi Bersepadu Premis Bersih yang dilancar Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan semalam menyaksikan 12 premis makanan diarah tutup.
JKNK keluarkan 53 notis terhadap premis gagal jaga kebersihan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan 53 notis kesalahan terhadap premis yang gagal menjaga kebersihan di Kuala Krai, semalam.
Tiga premis makanan di Dalat diarah tutup selama 14 hari
Semasa pemeriksaan dilakukan, sebanyak enam notis perintah untuk hadir ke mahkamah telah dikeluarkan.
Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.
Rakyat perlu fokus tiga aspek jaga kebersihan, kesihatan - Pemangku Raja Perlis
Wabak denggi dan usaha mengatasi penyakit itu harus digembleng dan melibatkan semua peringkat agensi.
Abang Mie, rakan bergilir jaga kebersihan Bukit Jernih
Azmi dan beberapa rakan memulakan usaha sukarela itu pada 2018 dengan mengutip sampah yang ditinggalkan pengunjung tidak bertanggungjawab.
'Kos sara hidup antara faktor tiada kerjasama, kebersamaan di PPR'
Phang berkata, fokus penduduk adalah untuk meningkatkan pendapatan, sehingga tiada masa untuk bergaul dengan komuniti setempat.