Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai penaung program Permata walaupun ada desakan daripada parti pembangkang supaya beliau berbuat demikian.
Ini, katanya, kerana segala usaha dan kudrat yang beliau sumbangkan selama ini tidak sedikit pun untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya satu daripada usaha beliau menyumbang kepada negara khususnya buat anak-anak pewaris negara.
Beliau menjelaskan dalam tempoh 10 tahun Permata mengorak langkah yang penuh liku dan cabaran, beliau sendiri selaku penaung program itu tidak pernah terlepas daripada menjadi mangsa pelbagai fitnah dan tohmahan.
"Pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas kami, kononnya saya mendesak kerajaan tambah peruntukan Permata, kononnya saya salah guna wang Permata untuk kepentingan sendiri.
"Tak apalah, apa orang nak kata, demi anak-anak bangsa. Segala dakwaan palsu oleh pihak lawan, walaupun pedih di hati, saya biarkan sahaja bagaikan angin yang lalu. Saya yakin sesungguhnya bantuan Allah SWT itu akan sentiasa bersama orang yang baik," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Anak Permata Negara Langkawi di Kompleks LADA, di sini hari ini.
Rosmah berkata, sebagai isteri pemimpin nombor satu negara, beliau boleh sahaja duduk di rumah dan mengikuti perdana menteri melakukan tugasan rasmi namun atas dasar sebagai seorang insan, beliau terpanggil untuk menyumbang sesuatu kepada negara.
"Saya berpegang teguh kepada prinsip bahawa setiap anak-anak merupakan aset dan Permata negara dan mereka berhak mendapat peluang yang sama untuk membesar sebagai kanak-kanak ceria serta menjadi modal insan negara," katanya.
Permata kini, katanya, menjadi satu manifestasi kerajaan yang berjaya dan ia dibuktikan melalui sejumlah 500,000 kanak-kanak telah berjaya mengikuti program pendidikan awal di pusat Permata dalam tempoh 2007 hingga 2017.
"Dalam aspek memperluaskan akses kepada lebih ramai kanak-kanak kepada Permata, program Permata On Wheels atau Jelajah Permata telah dilaksanakan di mana aktiviti Permata dibawa terus kepada kanak-kanak khususnya kawasan luar bandar," katanya.
Lebih membanggakan, katanya, apabila Permata sejak 2015 lagi telah mengenal pasti seramai 300 kanak-kanak yang memiliki tahap kepintaran IQ yang tinggi pada usia dua hingga lima tahun.
"Sehubungan itu kita telah menganjurkan 'Junior Science Camp' dengan kerjasama pusat Permata Pintar bagi mencungkil bakat dan kepintaran kanak-kanak sejak usia kecil, mereka diberi pendedahan awal dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik bagi memupuk kecenderungan minda," katanya.
Pusat Permata di Langkawi merupakan pusat yang ke-89 di seluruh negara, dan keempat di Kedah yang ditempatkan di tingkat 1, Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi dan mampu menampung 100 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2018
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Penaung Program Permata beramah mesra dan melihat kreativiti anak-anak Permata selepas merasmikan Pusat anak Permata Negara Langkawi di Kompleks LADA hari ini. - Foto Bernama
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi
Ia susulan aduan diterima pihak Kementerian Komunikasi serta MCMC tentang aktiviti berkempen secara tidak sihat dan menggunakan dakyah, fitnah serta unsur provokatif.
Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima
Manivanan berkata tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana ia turut mencemarkan suasana harmoni dan demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
PM Anwar nafi beliau anak angkat Amerika, MOF pinjam duit IMF
Antara tuduhan adalah mendakwa beliau anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan meminjam wang IMF dan beliau mengikut tunjuk ajar Yahudi.
'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan
Kata-kata bapa Zayn Rayyan mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Laporan polis dibuat terhadap penceramah, didakwa fitnah Fadhlina
Laporan polis dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar.
Israel jangan perasan! - Saifuddin Nasution
Kopitiam Malaya menerusi laman X membangkitkan persoalan sama ada Israel akan jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa.