PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak dan untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes tersebut.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, semasa menolak rayuan Rosmah berkata mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pengisytiharan yang dimohon.
"Kami bersetuju dengan alasan yang dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan. Kami berpendapat bahawa tiada bidang kuasa sedia ada mahkamah jenayah untuk memberikan pengisytiharan relief," katanya.
Dalam keputusan sebulat suara itu, Mohd Zawawi berkata terdapat undang-undang bertulis seperti Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanya memberikan kuasa sedia ada kepada mahkamah sivil.
Beliau berkata Kanun Tatacara Jenayah adalah undang-undang yang lengkap dan menyeluruh berkaitan prosedur dalam prosiding jenayah.
"Oleh itu, persoalan bahawa mahkamah jenayah mempunyai kuasa untuk memberikan relief itu tidak timbul sama sekali. Rayuan ditolak," kata Mohd Zawawi.
Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Panel itu membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah oleh Sri Ram serta peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah.
Terdahulu, mahkamah tertinggi itu turut menolak bantahan awal Rosmah sama ada wajar bagi Sri Ram mewakili pihak pendakwaan dalam prosiding hari ini.
"Mahkamah tidak menemui sebarang bukti konflik kepentingan jika Sri Ram mewakili pihak pendakwaan. Oleh itu, tiada sebab mengapa beliau tidak boleh mengemukakan atau meneruskan (dalam kes itu) atas kapasitinya sebagai timbalan pendakwa raya kanan. Bantahan awal ditolak," kata Mohd Zawawi.
Rosmah, 70, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Dis lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan kes beliau dalam usaha bebas daripada ketiga-tiga pertuduhan dan menggugurkan Sri Ram daripada menjadi ketua pendakwa dalam kes itu.
Pada 24 Sept tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah atas alasan kebenaran yang diberikan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas kepada Sri Ram untuk menjalankan pendakwaan jenayah dalam kes Rosmah adalah sah di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah atas kapasitinya sebagai Pendakwa Raya.
Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi telah selesai dan Mohamed Zaini telah menetapkan 7 Julai, untuk menyampaikan keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan dengan tiga pertuduhan rasuah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak. - Foto BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Pelajar IPT cedera parah ditikam rakan lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun cedera parah akibat ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institut pengajian tinggi (IPT) dekat sini, pagi tadi.

Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengadakan pertemuan dengan pemilik akaun Facebook Ainon Mohd susulan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
10 Berita Pilihan - (17 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 18 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan
Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri selesai rakam keterangan lebih 6 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Kes solar: Rosmah tidak sihat, pendengaran rayuan ditangguh 15 Mei
Jagjit berkata Rosmah hadir ke mahkamah pagi ini, namun beliau bergegas ke hospital kerana pening selain mengalami tekanan darah tinggi dan diabetes.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.