Kesungguhan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.
Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau pada Rabu.
Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.
Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam.
Ketika ditemui pemberita selepas acara tersebut, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.
Ibu bapa Rosmah berasal daripada Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat.
"Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.
"Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru," katanya.
Beliau berharap dengan anugerah dan kekeluargaan yang terjalin, hubungan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kukuh dan erat. "Saya berharap kita tidaklah besar-besarkan perkara atau perselisihan faham.
Yang mustahaknya kita harus mencari kesamaan antara satu sama lain kerana kita adalah serumpun.
"Kita berdoa bersama supaya dengan penghormatan yang diberikan kepada saya hari ini, akan membawa satu lembaran baru atau kita dapat lihat lebih lagi keakraban dan persahabatan," katanya.
Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata anugerah itu menjadi satu sejarah kerana Rosmah merupakan satu-satunya wanita dari negara luar yang menerima darjah sedemikian.
Beliau juga berharap penganugerahan itu akan merancakkan lagi hubungan antara kedua negara dan memberi impak positif dalam pelbagai sudut terutama budaya dan adat.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkanbudaya Minangkabau di Malaysia.
Bernama
Thu Aug 28 2014
![Rosmah dianugerah darjah tertinggi suku Minangkabau Rosmah dianugerah darjah tertinggi suku Minangkabau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41409211603_295x200.jpg)
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Gabenor Sumatera Barat Nevi Irwan Prayitno hadir ke Jamuan Adat Melewakan Gelar Kehormatan di Istana Adityawarman sempena lawatan rasmi tiga hari ke Padang Sumatera Barat - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kampung Tanjung perlu tempat pengumpulan sampah baru Kampung Tanjung perlu tempat pengumpulan sampah baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550825847_SAMPAH.jpg)
Kampung Tanjung perlu tempat pengumpulan sampah baru
Kampung Tanjung memerlukan lokasi pengumpulan sampah yang lebih tersusun dan bukan bersebelahan gelanggang untuk penduduk beriadah.
![Nahas pesawat Lion Air: 10 perkara anda perlu tahu tentang Pangkal Pinang, Bangka Nahas pesawat Lion Air: 10 perkara anda perlu tahu tentang Pangkal Pinang, Bangka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540801738_LionAir.jpg)
Nahas pesawat Lion Air: 10 perkara anda perlu tahu tentang Pangkal Pinang, Bangka
Pesawat Lion Air JT-610 yang telah disahkan terhempas di utara laut Karawang telah meninggalkan lapangan terbang di Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan trafik.
![Randai 'Cindua Mato' dari Pagaruyung ke Istana Budaya Randai 'Cindua Mato' dari Pagaruyung ke Istana Budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458895928_CinduaMato.jpg)
Randai 'Cindua Mato' dari Pagaruyung ke Istana Budaya
Orang ramai kini berpeluang untuk mengenali keunikan Randai melalui teater muzikal Randai 'Cindua Mato' di pentas Istana Budaya.
![Rosmah dianugerah darjah tertinggi suku Minangkabau Rosmah dianugerah darjah tertinggi suku Minangkabau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41409211603_295x200.jpg)
Rosmah dianugerah darjah tertinggi suku Minangkabau
Kesungguhan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.