Kampung Tanjung memerlukan lokasi pengumpulan sampah yang lebih tersusun dan bukan bersebelahan gelanggang untuk penduduk beriadah.
Bekas Ketua Kampung Tanjung, Jasni Suman memberitahu, tempat baru itu dipindahkan kontraktor sampah daripada lokasi sebelumnya di pinggir kampung.
Jelasnya, lokasi lama difahamkan tidak sesuai kerana berkongsi tempat pengumpulan sampah dengan kampung dan taman perumahan bersebelahan.
"Lokasinya masih lagi di sana, tiada tempat baru. Keadaannya amat sedih sekali, di tepi gelanggang kanak-kanak bermain.
"Memang tidak sesuai sangat-sangat dan ia di depan mata, orang yang hendak masuk Kampung Tanjung ini pasti nampak tempat sampah ini.
"Orang mesti tanya tiadakah tempat yang sesuai, orang yang berkenaan mesti bertanggungjawab, ini tengoklah tempat ini berterabur," katanya ketika ditemui di sini, pada Jumaat.
Jelasnya, bantahan sudah dibuat namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga hari ini.
Walaupun mungkin ia isu kecil kata Jasni, kesannya amat besar kepada pandangan serta memberi risiko kesihatan kepada penduduk setempat.
Jasni menjadi Ketua Kampung Tanjung sejak pada 2003 sehingga 2018.
Sebanyak 160 rumah terdapat di kampung tersebut yang mempunyai kira-kira 200 keluarga dan 1,000 orang penduduk.
Penduduk asal Kampung Tanjung merupakan dari suku kaum Minangkabau dan Boyan namun kini semakin berkurangan kerana kebanyakan rumah sudah disewakan kepada pekerja kilang di Beranang dan Bangi.
Wan Syamsul Amly
Fri Feb 22 2019
Walaupun mungkin ia isu kecil kata Jasni, kesannya amat besar kepada pandangan serta memberi risiko kesihatan kepada penduduk setempat. - Foto Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
Mahathir kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
Mahathir mengecam Eropah atas "kemunafikan" mereka berhubung pencerobohan Israel di Gaza, menyifatkan tindakan itu sebagai "tidak masuk akal".
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
Kampung Tanjung perlu tempat pengumpulan sampah baru
Kampung Tanjung memerlukan lokasi pengumpulan sampah yang lebih tersusun dan bukan bersebelahan gelanggang untuk penduduk beriadah.