Hasil rondaan pihak polis di sekitar kawasan R&R Awan Besar Lebuhraya Kesas membuahkan hasil selepas berjaya menahan suspek kes samun dan pecah rumah yang menaiki kereta curi.
Pemeriksaan awal mendapati dua orang lelaki, satu wanita serta dua kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun berada di dalam kereta yang ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisoner Mohan Singh Tara Singh, pihak polis menjumpai pelbagai senjata dan kelengkapan pecah rumah di dalam kenderaan jenis Proton Waja yang pernah dilaporkan hilang di Daerah Subang Jaya pada awal tahun lalu.
“Pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek juga menyamar sebagai penjawat awam berikutan penemuan sebuah topi yang mempunyai lambang polis di dalam kenderaan yang dipandu itu,” kata Mohan.
Turut ditemui, dua bilah pedang, sebuah beg berisi pelbagai peralatan dipercayai untuk kegiatan pecah kereta, peralatan menghisap dadah serta tujuh cukai jalan dimana hanya dua disahkan benar manakala selebihnya adalah palsu.
Bagaimanapun sepasang suami isteri serta anak perempuannya tidak terlibat dalam kejadian ini dan dibebaskan dengan jaminan polis manakala hanya seorang lelaki ditahan.
“Hasil soal siasat kami mendapati sepasang suami isteri dan dua orang anaknya itu hanya menumpang kenderaan suspek yang merupakan kenalan keluarga dan tidak terlibat bersama suspek dalam kes ini,” tambahnya.
Suspek berumur 40 tahun itu dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian curi kenderaan, samun dan menyamar penjawat awam.
Kes disiasat di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Bahan-Bahan Kakisan Dan Senjata Berbahaya 1958 dimana jika didapati bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan sebat.
Astro Awani
Tue Feb 26 2013
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Pasangan suami isteri dan dua ekor anjing ditemui mati dengan leher dikelar
Kedua-dua mangsa warga tempatan berumur 32 tahun itu ditemui mati dalam bilik tidur.
Warga emas maut dipercayai ditikam anak kandung
Seorang warga emas maut dipercayai ditikam oleh anak kandungnya yang merupakan seorang penagih dadah.
Pekerja landasan maut dirempuh tren ERL
Seorang pekerja penyelenggaraan landasan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) maut manakala seorang lagi cedera parah dirempuh tren ERL di KM9.2 arah Selatan (ke KLIA).
Penyamun jatuh dari tingkat 9 kondominium
Cubaan seorang penyamun meloloskan diri membawa padah apabila terjatuh dari tingkat Sembilan di Kondominium Pangsaria Taman Desa Petaling.
Rondaan harian polis membuahkan hasil
Rondaan pihak polis di kawasan R&R Awan Besar Lebuhraya Kesas membuahkan hasil selepas berjaya menahan suspek kes samun dan pecah rumah.