KOTA TINGGI: Empat lelaki termasuk dua beradik warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika melakukan rompakan di pelantar minyak di kedudukan 0.7 batu nautika, timur laut Jeti Tanjung Langsat pada Selasa.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 47 tahun itu menggunakan bot gentian kaca untuk mencuri kabel logam di bawah pelantar Aurora Producer 1, pada jam 12.30 tengah malam.
Ujarnya, sebuah bot Maritim Malaysia diarahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima aduan mengenai insiden rompakan itu.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota menemui sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran bersama empat lelaki sedang menarik kabel di bawah pelantar minyak yang sedang dibaik pulih.
"Empat lelaki tersebut kemudiannya bertindak cuba menenggelamkan bot gentian kaca sebaik yang digunakan sebelum mereka terjun ke dalam laut, namun berjaya diselamatkan dan ditahan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Tanjung Sedili pada Rabu.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.
Menurut Saiful Lizan, hasil pemeriksaan yang dilakukan di atas pelantar tersebut menemui dua kru warga tempatan berusia 24 dan 32 tahun yang menjadi mangsa rompakan.
"Mangsa menyatakan ketika kejadian pelantar berkenaan dinaiki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.
"Suspek menyerang, mengikat kaki, tangan dan mulut mangsa sebelum dikurung dalam sebuah kabin di atas pelantar.
"Mangsa terkurung selama dua jam sebelum berjaya melepaskan ikatan dan bersembunyi bagi menunggu ketibaan pihak berkuasa," katanya.
Tambahnya, kesemua suspek yang turut memiliki rekod jenayah lampau berkaitan pemilikan senjata dan dadah itu direman selama lima hari bermula Rabu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan berkumpulan.
"Selain kabel, suspek turut mencuri dua buah telefon bimbit milik mangsa. Jumlah kerugian masih dalam siasatan.
"Kami percaya kabel terbabit mempunyai nilai yang cukup tinggi di pasaran tempatan," katanya.
Menurut beliau, kejadian tersebut merupakan rompakan laut pertama membabitkan warga tempatan.
"Ini adalah kes berprofil tinggi kerana sebelum ini kes rompakan laut banyak membabitkan warga asing," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023

Empat lelaki tempatan ditahan Maritim Malaysia ketika sedang merompak kabel di bawah pelantar minyak di perairan Tanjung Langsat pada Selasa. -Foto Sinar Harian

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Rompak pelantar minyak: Empat warga tempatan ditahan
Kesemua suspek berusia 27 hingga 47 tahun itu menggunakan bot gentian kaca untuk mencuri kabel logam di bawah pelantar Aurora Producer 1, pada jam 12.30 tengah malam.