KOTA TINGGI: Seorang pekebun kelapa sawit dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah merompak gelang tangan dan mencederakan seorang warga emas.
Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan menjatuhkan hukuman itu terhadap Nazry Mohamad Mokhtar, 37, dan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Julai lepas.
Nazry didakwa melakukan perbuatan itu ke atas wanita berusia 60 tahun di sebuah rumah di Felda Air Tawar 4, dekat sini, pada 12.40 tengah hari 2 Julai lepas, mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi dan Ahmad Khairuddin Khalid memohon hukuman setimpal terhadap Nazry dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi.
Muhammad Irsyad berkata kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana tertuduh membawa sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan dan trauma bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga masyarakat sekeliling.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Hilmi Sulaiman Salahuddin yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan memandangkan Nazry yang berpendapatan RM1,500 sebulan menanggung isteri, empat anak dan ibu bapanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Nazry didakwa melakukan perbuatan itu ke atas wanita berusia 60 tahun di sebuah rumah di Felda Air Tawar 4, dekat sini, pada 12.40 tengah hari 2 Julai lepas. - Gambar/ Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Padah acu pisau, ceroboh rumah warga emas
Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas mengaku salah mengacu pisau dan menceroboh masuk rumah seorang warga emas.

Bekas banduan mengaku tidak bersalah rompak, cuba rogol warga emas
Seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Rabu atas pertuduhan mencederakan, merompak dan cuba merogol seorang wanita warga emas, minggu lepas.

Rompak, cederakan warga emas, pekebun dipenjara lapan tahun
Seorang pekebun kelapa sawit dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah merompak gelang tangan dan mencederakan seorang warga emas.

Ibu mengandung tak mengaku jerut leher, rompak warga emas
Seorang ibu mengandung tujuh bulan didakwa atas pertuduhan cuba merompak seorang warga emas di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi.