KOTA BHARU: Seorang ibu mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa atas pertuduhan cuba merompak seorang warga emas di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 10 hingga 11 pagi pada 22 Jun lalu dengan menjerut leher dan mengacukan pemutar skru kepada wanita berusia 64 tahun itu.
Tertuduh, Nor Fahtihah Ahmadi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Idzham Naim Che Ani.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Siti Aisyah Abdul Manah manakala tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar.
Terdahulu, Siti Aisyah mencadangkan ikat jamin RM15,000 diberikan kepada tertuduh.
Syed Muhammad Syafiq dalam rayuannya memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya itu sedang mengandung.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan 18 Julai depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.
Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 27 2023

Tertuduh, Nor Fahtihah Ahmad mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Jabatan Penjara cadang laksana Tahanan Rumah - Saifuddin
Jabatan Penjara Malaysia berhasrat melaksanakan Tahanan Rumah dan Penangguhan Hukuman dengan Intervensi oleh pegawai penjara.

Ibu mengandung tak mengaku jerut leher, rompak warga emas
Seorang ibu mengandung tujuh bulan didakwa atas pertuduhan cuba merompak seorang warga emas di Kampung Tanjung Chat, Jalan Sungai Keladi.

Tidak baik untuk kesihatan? Ini 5 sebab kenapa durian sebenarnya bagus untuk anda!
Jika dimakan dalam kadar yang munasabah, durian juga menawarkan manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

Pakar seru langkah berkesan tangani talasemia di India
India terus menjadi tumpuan penghidap talasemia dunia dengan 100,000 hingga 150,000 orang mengalaminya di negara itu.

Asap vape bahaya kepada ibu hamil, bayi dalam kandungan - Pakar
Kepada kanak-kanak atau pesakit asma, dengan menjadi 'second-' atau 'third-hand vaping', risiko untuk mendapat serangan asma adalah tinggi.

Usia kandungan 34 minggu, ibu tiba-tiba pengsan dan pergi buat selamanya
Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.

COVID-19: Kadar vaksinasi dalam kalangan wanita hamil masih rendah di Thailand
Beliau berkata hanya 3,533 atau 0.7 peratus sahaja yang lengkap dua dos.

Ibu hamil senang diserang perut berangin, ini 5 cara untuk mengatasinya
Simptom perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku. Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan.

Pfizer, Sinovac, AZ sesuai untuk ibu mengandung - Khairy
Vaksin Pfizer kekal disyorkan manakala AstraZeneca dan Sinovac kini juga telah diklasifikasikan sebagai bersesuaian.