RAUB: Padah merompak serta membakar kedai runcit di Felda Tersang di sini bulan lalu, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Tertuduh, Zulkiflee Jaafar, 50, bagaimanapun hanya menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun selepas kedua-dua hukuman penjara iaitu masing-masing selama sembilan dan lapan tahun berjalan serentak.
Hakim, Tuan Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulkiflee yang mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pembantu kedai warga Indonesia berusia 42 tahun, di sebuah rumah kedai Mara Felda Tersang di Raub kira-kira jam 2 pagi pada 23 Julai lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dengan membakar kedai runcit itu sehingga menyebabkan kerosakan kepada premis tersebut dan kerugian mencecah ribuan ringgit.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rifa'ah' Izzafi Abdul Mutalif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media melaporkan, dalam kejadian 23 Julai lalu di Kedai Mara Felda Tersang 1, Raub, seorang pembantu kedai warga Indonesia berusia 42 tahun cedera parah apabila dipukul dengan besi, dirompak sebelum kedai itu dibakar.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa turut dicampak ke dinding dan lantai selain lehernya dijerut, manakala tangannya diikat menggunakan pita pelekat.
Wanita itu bernasib baik apabila dia terselamat daripada mati rentung kerana sempat menyelamatkan diri.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Aug 03 2022
Zulkiflee mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya. - Gambar/ Astro AWANI
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rompak, bakar kedai, penganggur dihukum penjara 17 tahun
Padah merompak serta membakar kedai runcit di Felda Tersang di sini bulan lalu, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen Raub.