PUTRAJAYA: Perihal rombakan Kabinet tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau juga meminta agar semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung rombakan Kabinet kerana ia hak prerogatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuatnya.
"Tidak akan pernah ada rombakan Kabinet dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Itu hak prerogatif perdana menteri.
"Tidak ada mana-mana perdana menteri yang membincangkan siapa yang nak digugur atau dinaikkan dalam mesyuarat Kabinet," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia di sini hari ini.
Ahad lepas Ahmad Zahid berkata rombakan Kabinet akan berlaku dalam masa terdekat dan antaranya disebab kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Mengulas laporan sebuah portal bahawa Anwar akan mengumumkam barisan Kabinet yang baharu esok selepas mesyuarat Kabinet, Ahmad Zahid berkata beliau percaya Anwar akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebelum pengumuman mengenai rombakan Kabinet dibuat.
"Perdana menteri di dalam beberapa wawancara ada menyebutkan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan dirunding terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya dimaklumkan (mengenai rombakan Kabinet).
"Setakat pukul 5 petang tadi, belum ada tanda-tanda yang perdana menteri memanggil sekurang-kurangnya saya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sementara itu, Ahmad Zahid memberi bayangan BN akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman susulan PAS tidak berhasrat mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan calonnya, Che Alias Hamid.
Meskipun potensi kemenangan di kerusi itu tipis, Ahmad Zahid berkata sebagai parti bermaruah, BN akan mencuba nasib bagi mengurangkan majoriti yang diperolehi PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Majoriti yang diperoleh bekas Ahli Parlimen sebelum ini adalah lebih 27,000, sebagai parti bermaruah walaupun potensi kelam, dengan (dapat) mengurangkan majoriti pun sudah cukup baik," katanya.
Pada 26 Sept lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membenarkan petisyen BN yang difailkan terhadap Che Alias, sekali gus membatalkan kemenangan yang dicapai Pas dalam PRU15 di Parlimen Kemaman pada 19 Nov tahun lepas.
Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi.
Beliau menewaskan calon BN Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) yang masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
![Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696335621_AhmadZahidHamidi.jpg)
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia. - Foto BERNAMA
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
![Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702363581_TBFADILLAHSHANGHAI.jpg)
Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
![Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702361457_TBFadillahYusof.jpg)
Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.
![Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702358668_TBKabinetjpg.jpg)
Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
![Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702356052_limhuiying.jpg)
Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.
![Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702355870_TBKabinetjpg.jpg)
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
![Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699246884_AnwarIbrahim.jpg)
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697469661_AnnikenHuitfeldt.jpg)
Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan
Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt.
![Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696467454_TBAbdulAzizRahman.jpg)
Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II
Katanya, jika jawatan itu wujud, tidak timbul masalah bagi PM untuk terus kekal sebagai Menteri Kewangan walaupun berdepan jadual padat.
![Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696335621_AhmadZahidHamidi.jpg)
Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid
Perihal rombakan Kabinet tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.