Sebanyak 90 badan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai negara hari ini sepakat menuntut agar tindakan tegas segera diambil terhadap Myanmar berhubung isu Rohingya termasuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara itu.
Pada Mesyuarat Strategi NGO Serantau 2017 Berhubung Isu Rohingya di sini, NGO-NGO berkenaan turut mahukan semua negara anggota ASEAN mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar yang dilihat berterusan melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya.
Pengerusi Bersama mesyuarat itu Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata, isu Rohingya memerlukan penyelesaian politik dengan cara memberi tekanan ke atas Myanmar agar negara itu patuh kepada undang-undang antarabangsa.
"Jika Myanmar tidak patuh kepada undang-undang antarabangsa kita mengesyorkan agar ASEAN mengambil tindakan menggantung keanggotaannya dalam organisasi itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di sini hari ini.
Mesyuarat dua hari itu yang bermula semalam dianjurkan oleh MAPIM bersama Majlis Belia Malaysia serta Pusat Belia Antarabangsa dan disertai wakil-wakil NGO dari negara rantau ASEAN seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand selain negara Eropah seperti Perancis, dan Turki.
Mohd Azmi berkata, syarikat-syarikat asing yang beroperasi di Myanmar juga digesa mengkaji semula pelaburan mereka di negara itu.
"Kami juga menuntut agar ketua-ketua tentera Myanmar yang melakukan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa," katanya.
Katanya, pada mesyuarat hari ini, semua NGO itu juga bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa tetap yang akan merangka pelan tindakan untuk menyelesaikan isu Rohingya secara menyeluruh.
Katanya, jawatankuasa itu yang akan dianggotai wakil-wakil NGO yang berasaskan agama dan kemanusiaan akan berkoordinasi untuk melobi pemimpin-pemimpin negara khususnya ASEAN untuk membantu menyelesaikan isu itu selain melakukan misi bantuan kemanusian serta kempen media.
"Pelan tindakan itu beserta syor-syor akan diserahkan kepada semua pemimpin ASEAN dan juga Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres agar mereka terus memberi tekanan terhadap Myanmar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 2) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Emeritus Johan Saravanamuttu, Adjunct Professor at Universiti Malaya’s Asia Europe Institute.
Kes bunuh pelajar vokasional: Rakan lihat kesan calar, lebam pada badan mangsa
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat kesan calar dan lebam pada belakang badan rakannya yang ditemukan mati pada 22 Mac lepas.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US
Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US pada Khamis disebabkan aktiviti dagangan yang lengang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.
Rusia-ASEAN: Hubungan dua hala diperkukuh, Malaysia sasar transformasi digital lebih mapan - TEEAM
Malaysia terus memperkukuh hubungan dua hala dengan negara-negara luar dalam usaha mencapai matlamat transformasi digital negara, selaras dengan pelancaran dasar penting.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.