Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah yang meninggal dunia tengah hari tadi.
Rohani dalam kenyataan hari ini menzahirkan rasa sedih memandangkan sehingga pagi tadi, Muhammad Firdaus masih dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda kurang stabil.
"Sejak berada di bawah pemantauan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Taman Sinar, Tuanku Ampuan Najihah, Seremban pada 21 Ogos tahun lepas, beliau telah menunjukkan perkembangan yang sangat bagus dengan peningkatan berat akhir beliau iaitu 27 kilogram," menurut kenyataan itu.
Muhammad Firdaus dilaporkan meninggal dunia pada 1.15 petang dipercayai akibat diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan berkenaan.
Beliau dihantar ke Hospital Tunku Jaafar Seremban sebaik sahaja insiden berkenaan berlaku.
Remaja berusia 16 tahun itu dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun tahun lepas.
Bernama
Wed Oct 14 2015
Muhammad Firdaus dilaporkan meninggal dunia pada 1.15 petang dipercayai akibat diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan berkenaan. - Gambar fail
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Lolanopita meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di hospital akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.
Rohani ucap takziah atas pemergian Muhammad Firdaus
Menurut Rohani, Muhammad Firdaus pada sebelah pagi masih dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda kurang stabil.
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia
Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan tengah hari tadi.
Lolanopita dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000
Lolanopita Sadi, yang mengabaikan anak lelakinya yang juga OKU Muhammad Firdaus Dullah selam empat bulan, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10,000.
Remaja terbiar, Firdaus dibenar keluar dari hospital
Pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal atau tidak di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah.
Rosmah ziarah Muhammad Firdaus di HTJS
Muhammad Firdaus kini telah pun makan dan tidur dengan baik manakala berat badannya meningkat 2.3 kilogram.
JKM buka akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan membuka akaun Tabung Haji bagi memudahkan orang ramai memberi sumbangan kepada remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah.
Remaja OKU akan ditempatkan di Institusi JKM setelah sihat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah ini bagi memastikan dia dijaga dengan baik, diberi perlindungan dan juga pemulihan.
Wanita UMNO mahu ambil Firdaus jadi anak angkat
Nasib remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah,15, yang ditemui dalam keadaan meyayat hati di dalam serbuan Imigresen di Nilai akan dibela Wanita UMNO.
Remaja OKU didakwa diabai ibu tampak lebih sihat
Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU yang disyaki didera ibunya sehingga menjadi kurus kering merima lawatan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil.