Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menempatkan remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, di institusi kanak-kanak JKM melalui perintah sementara daripada mahkamah sebaik dia sihat dan pulih serta dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah ini bagi memastikan dia dijaga dengan baik, diberi perlindungan dan juga pemulihan.
"Sebagai seorang OKU, kita akan memberikan segala bantuan dan kemudahan yang diperlukannya. Dia akan kita tempatkan di institusi kami yang bersesuaian dengan keadaannya.
"Kami juga akan memberikan kaunseling sebab emosinya belum lagi stabil," katanya kepada pemberita selepas melawat Muhammad Firdaus di HTJS di sini, Selasa.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Rohani berkata selain itu, JKM juga akan menjejaki waris remaja OKU itu, selain daripada ibunya.
"Ini disebabkan, walaupun dia akan berada dalam institusi kami, saya tidak mahu hubungan kekeluargaan terputus. Keluarga mesti bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan Muhammad Firdaus mendapat sepenuh kasih sayang," katanya.
Ditanya berapa lama Muhammad Firdaus akan berada di hospital, beliau berkata melihat daripada keadaannya, dia dijangka dibenarkan keluar daripada hospital dalam tempoh sebulan atau lebih.
Katanya Muhammad Firdaus kini didapati bertambah sihat dan selera makannya pun bertambah.
"Dalam masa tiga hari, berat badannya telah bertambah dua kilogram. Dia memberi tindak balas yang baik terhadap segala rawatan yang diberikan kepadanya.
Dia nampak gembira dan hendak makan sahaja, yang penting dia bertambah kuat, malah dia bangun sendiri. Sebagai OKU 'cerebral palsy' keadaan ini adalah normal," katanya.
Beliau yakin remaja yang ditemui dalam keadaan menyedihkan Sabtu lalu akan pulih dengan lebih cepat.
Sementara itu, Rohani mengesahkan bapa Muhammad Firdaus iaitu Dullah Sibil, sudah meninggal dunia ketika berumur 51 tahun di Sabah pada 22 Jan 2012.
Mengenai ibu Muhammad Firdaus, Rohani berkata ibunya masih ditahan reman polis dan kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Bernama
Tue Jun 24 2014

Foto fail Muhammad Firdaus Dullah ketika dijumpai pada Sabtu.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Lolanopita meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di hospital akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Rohani ucap takziah atas pemergian Muhammad Firdaus
Menurut Rohani, Muhammad Firdaus pada sebelah pagi masih dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda kurang stabil.

Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia
Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan tengah hari tadi.

Lolanopita dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000
Lolanopita Sadi, yang mengabaikan anak lelakinya yang juga OKU Muhammad Firdaus Dullah selam empat bulan, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10,000.

Remaja terbiar, Firdaus dibenar keluar dari hospital
Pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal atau tidak di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah.

Rosmah ziarah Muhammad Firdaus di HTJS
Muhammad Firdaus kini telah pun makan dan tidur dengan baik manakala berat badannya meningkat 2.3 kilogram.

JKM buka akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan membuka akaun Tabung Haji bagi memudahkan orang ramai memberi sumbangan kepada remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah.

Remaja OKU akan ditempatkan di Institusi JKM setelah sihat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah ini bagi memastikan dia dijaga dengan baik, diberi perlindungan dan juga pemulihan.

Wanita UMNO mahu ambil Firdaus jadi anak angkat
Nasib remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah,15, yang ditemui dalam keadaan meyayat hati di dalam serbuan Imigresen di Nilai akan dibela Wanita UMNO.

Remaja OKU didakwa diabai ibu tampak lebih sihat
Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU yang disyaki didera ibunya sehingga menjadi kurus kering merima lawatan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil.