KUALA LUMPUR: Gadis yang kisahnya tular kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi, bakal mencapai cita-citanya untuk melanjutkan pengajian tinggi selepas menerima tawaran mengikuti pengajian Diploma Sains Komputer daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini.
Rohana, 22, menerima tawaran itu setelah mendapat taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan pada April lepas apabila kisah hidupnya tular menerusi media sosial sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Rohana yang dijaga seorang bekas guru berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, berkata beliau amat bersyukur atas peluang yang diberi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang agar dapat menyumbang semula kepada masyarakat setempat.
"Saya tidak tahu bagaimana hendak ucap terima kasih, sangat bersyukur dengan hadiah yang dikurniakan Allah kerana ini memang satu perkara yang saya impikan sejak lama.
"Terima kasih juga kepada pihak UTEM. Walaupun saya lebih meminati bidang perubatan, Sains Komputer ini adalah bidang pilihan kedua saya dan 'laoshi' (Chee) juga menyokongnya. Jadi, saya akan lakukan yang terbaik untuk membalas jasanya," katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaakob, Kampung Batu.
Rohana ditemui pemberita selepas menerima surat tawaran pengajian berkenaan daripada Naib Canselor UTeM Prof Dr Massila Kamalrudin di kediaman Chee di Batu 5, Jalan Ipoh di sini hari ini.
Menurut Rohana, dia akan bertolak bersama Chee ke Melaka esok kerana pendaftaran kemasukan ke program UTeM itu adalah pada Isnin.
Katanya dia masih melakukan beberapa persiapan kerana hanya dimaklumkan mengenai tawaran itu pada Sabtu lepas sebelum disahkan hari ini.
"Ada beberapa barangan keperluan belum dibeli dan saya juga sedang mencari pembantu rumah yang dapat menjaga laoshi (Chee) sepanjang ketiadaan saya.
"Kebelakangan ini dia (Chee) sering menangis apabila mengenangkan kami akan berjauhan jadi adalah lebih elok sekiranya ada orang temankan dia sekali-sekala di rumah sementara menunggu kepulangan saya pada hujung minggu," katanya.
Sementara itu, Chee berkata ini adalah kali pertama dia akan berjauhan dengan Rohana dan berharap gadis itu dapat menjaga dirinya dengan baik sepanjang pengajian.
"Saya harap dia (Rohana) tidak lupakan saya. Kalau ada masa terluang baliklah sini tengok (jenguk) saya. Apabila habis belajar nanti, saya harap dia boleh jadi pakar Internet (teknologi maklumat)," katanya.
Dalam pada itu, Massila berkata Rohana adalah antara tiga individu yang terpilih untuk mengikuti projek rintis Program Anak Emas UTeM yang baru dimulakan.
Massila berkata program itu memberi peluang kepada pelajar cemerlang daripada keluarga tidak bernasib baik untuk melanjutkan pengajian di UTeM, dengan kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Tun Canselor.
"Rohana adalah pelajar pertama bagi program ini. Dia menepati ciri-ciri yang dimahukan iaitu dari golongan yang memerlukan seperti anak tunggal dan B40 dan mempunyai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang," katanya.
Kisah Rohana sebelum ini tular kerana dibesarkan oleh Chee sejak berusia dua bulan selepas ditinggalkan ibu kandungnya ke Indonesia.
Ketiadaan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri menyebabkan kehidupan Rohana menjadi sukar dan tidak dapat menyambung pengajian ke universiti, sebelum isu mengenainya mendapat perhatian perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022

Rohana yang dijaga seorang bekas guru berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, berkata beliau amat bersyukur atas peluang yang diberi dan akan berusaha bersungguh-sungguh. - Gambar fail

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.
#AWANITonight | 18 March 2025
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital

Bazar Kraf Aidilfitri tampilkan batik tempatan, songket dan kraf tangan
Pelbagai karya pengusaha batik tempatan, tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman, dokoh dan manik buatan tangan ditawarkan pada Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Conlay di sini.

Polis serbu stor dan makmal haram, rampas dadah dianggar RM40 juta
Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.

Palestin desak campur tangan segera antarabangsa henti genosid Israel di Gaza
Tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi Selasa, membunuh lebih 320 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

HKK 2025 ditangguhkan untuk penambahbaikan format penganjuran - Fahmi
Penganjuran Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2025 yang sepatutnya berlangsung pada Februari lepas, ditangguhkan berikutan terdapat beberapa penambahbaikan yang sedang dibuat.
AWANI 7:45 [18/3/2025] – Ratusan maut serangan di Gaza | Malaysia terima tahanan Palestin | apa Nasib Syed Saddiq | Sindiket dadah antarabangsa tumpas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Israel kembali menggila, lancar serangan besar-besaran di Gaza
-Mangsa terkorban akibat kebakaran meningkat lebih 200%
-Apa nasib Syed Saddiq? Rayuan hujahan hukuman bermula esok
-Menjelang Aidilfitri, ada aduan tambang bas naik dua kali ganda
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Israel kembali menggila, lancar serangan besar-besaran di Gaza
-Mangsa terkorban akibat kebakaran meningkat lebih 200%
-Apa nasib Syed Saddiq? Rayuan hujahan hukuman bermula esok
-Menjelang Aidilfitri, ada aduan tambang bas naik dua kali ganda

Ketua Hak Asasi PBB seru hentikan mimpi ngeri di Gaza, gesa gencatan senjata kekal
Volker Turk menegaskan bahawa 18 bulan terakhir keganasan telah menunjukkan dengan jelas bahawa "tiada jalan penyelesaian ketenteraan untuk krisis ini."

Ramanan menang tanpa bertanding Ketua Cabang PKR Sungai Buloh
Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk Seri R. Ramanan mengesahkan beliau menang tanpa bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Buloh bagi pemilihan parti April ini.

Wanita Cina besarkan gadis Islam terima Anugerah Maulidur Rasul
Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.

Airmata gembira Rohana terima taraf kewarganegaraan
Air mata gembira mengiringi Rohana Abdullah ketika dia melangkah ke atas pentas di Kementerian Dalam Negeri hari ini untuk mendapatkan taraf kewarganegaraannya.

Tiada masalah beri sijil kerakyatan jika dokumen lengkap - Hamzah
Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi sijil kerakyatan jika pemohon mempunyai segala dokumen sah yang diperlukan.