KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman memutuskan keputusan itu
selepas tertuduh Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan.

Perbuatan itu dilakukan pada 11 Jun lalu di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 7 malam.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah  kemudiannya mengarahkan hukuman penjara  bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

[TERKINI] Pemuda mengaku bersalah rogol kenalan media sosial