Protes itu juga bagi menuntut keadilan kepada tragedi seorang doktor yang dirogol dan dibunuh di Kolkota pada 9 Ogos lalu.
Kemarahan terhadap kegagalan undang-undang di India dilihat tidak dapat menghalang keganasan yang semakin meningkat terhadap wanita.
Malah kes berkenaan telah mencetuskan bantahan dalam kalangan doktor dan kumpulan wanita di beberapa kawasan di seluruh negara itu.
Mangsa, seorang doktor yang berusia 31 tahun, ditemui mati di atas tilam berlumuran darah di kolej perubatan tempat dia bekerja di Kolkata.
Dia sebelum itu masuk untuk tidur sebentar di dewan kuliah kolej selepas bekerja selama hampir 20 jam dalam syif 36 jam.
Seorang polis bantuan ditangkap dan didakwa atas jenayah itu.