KOTA KINABALU: Menteri-menteri dari Sabah dan Sarawak optimistik dengan jaminan daripada Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk menyelesaikan isu dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jaminan yang diberikan Kerajaan Persekutuan menunjukkan ia serius dalam menyelesaikan masalah pembangunan dan keperluan asas dihadapi Sabah dan Sarawak.
"Dana pembangunan yang dikhususkan kepada negeri yang kurang maju terutama Sabah dan Sarawak adalah memberangsang. Tidak pernah sebelum ini dalam Rancangan Malaysia tumpuan sedemikian diberikan kepada Sabah dan Sarawak, MA63.
Isu pembangunan MA63 antara tumpuan ucapan PM (Perdana Menteri), dan beliau berkata akan turut terlibat dalam memantau pelaksanaan rancangan itu di Sabah dan Sarawak," kata Presiden Parti Bersatu Sabah itu dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ongkili berkata Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) akan menubuhkan satu unit pemantauan bersama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi memastikan pelan pelaksanaan infrastruktur berjalan menurut matlamat pembangunan MA63.
Semasa membentangkan RMK12 di Parlimen hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak akan terus diberikan keutamaan di bawah pelan lima tahun itu sejajar dengan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu mengenai permintaan kedua-dua negeri itu berkaitan MA63.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut berkongsi pandangan Maximus berkata beliau yakin kerajaan di bawah kepimpinan Ismail Sabri akan komited kepada pembangunan dua negeri itu, yang merupakan salah satu keutamaan di bawah RMK12.
"Selaku seorang Menteri Persekutuan kelahiran Sarawak, saya sememangnya berharap di bawah RMK12 lebih banyak pembangunan dan kemajuan berlaku di Sabah dan Sarawak maka kami akan boleh menikmati kemudahan dan infrastruktur serupa seperti penduduk Semenanjung Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berharap hak warga di Sarawak dan Sabah seperti termaktub dalam MA63 akan dapat dituntut balik dalam tempoh RMK12 kerana penduduk di kedua-dua negeri berharap dapat menikmati satu tahap pembangunan yang sama dengan penduduk di Semenanjung.
Sarawak dan Sabah telah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia pada 1963 kerana mereka kagum dengan sistem dan pembangunan yang dirancang dengan baik di Semenanjung Malaysia. Pemahaman kepada warga Sarawak dan Sabah apabila menyertai Malaysia ialah mereka juga boleh menikmati status pembangunan yang sama," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membangun, Wan Junaidi berharap lebih perhatian akan diberi kepada pembangunan lestari, dengan lebih tumpuan diberikan ke arah memulihara alam sekitar, melindungi hidupan liar dan aktiviti perlombongan yang mesra alam.
Dalam semangat "Keluarga Malaysia", beliau juga mengingatkan kerajaan supaya tidak terlepas pandang tahap kegembiraan rakyat dan memastikan setiap orang boleh menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara.
"Malaysia adalah sebuah negara membangun dan kebanyakan rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Oleh itu tibalah masa untuk kita melihat kepada isu mengenai kemiskinan bandar, perumahan mampu milik, peningkatan keselamatan sosial dan program pembasmian kemiskinan yang lebih berkesan," katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata kerenah birokrasi perlu dikurangkan dan mengelak adanya "Little Napoleon" agar semua agenda pembangunan di bawah RMK12 termasuk untuk Sabah dan Sarawak dapat dijayakan sepenuhnya.
Nanta berkata RMK12 perlu dipastikan dapat berjaya mengangkat tahap pembangunan negara dan mensejahterakan rakyat secara saksama.
"Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri penting bagi memastikan segala projek berjalan lancar, sebab itu kita nak kestabilan politik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
![RMK-12: Menteri-menteri Sabah, Sarawak optimistik dengan usaha menyelesaikan isu MA63 RMK-12: Menteri-menteri Sabah, Sarawak optimistik dengan usaha menyelesaikan isu MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632731539_RMK.jpg)
RMK-12 perlu dipastikan dapat berjaya mengangkat tahap pembangunan negara dan mensejahterakan rakyat secara saksama.
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
![Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712390832_MaximusOngkili.jpg)
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
![Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675241619_HajijiMaximus.jpg)
Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.
![Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656772768_MaximusOngkili.jpg)
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
![PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671331308_MaximusOngkili.jpg)
PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.
![Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671364530_TBHAJIJINOOR.jpg)
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
![GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671331308_MaximusOngkili.jpg)
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
![Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656772768_MaximusOngkili.jpg)
Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.
![PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668947778_MARUDU.jpg)
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
![PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665157887_MaximusOngkili.jpg)
PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.
![PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668836652_ONGKILI.jpg)
PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).