KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal memberi tumpuan kepada memperkukuh pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang, agar jurang pembangunan dengan Semenanjung dapat dikurangkan.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, keutamaan akan diberikan kepada lima bidang tumpuan yang telah digariskan.
Ia termasuk – penyediaan infrastruktur; mengoptimumkan potensi ekonomi; menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial; mempertingkat pembangunan inklusif; dan memperkukuhkan kerjasama antara Persekutuan dan negeri.
“Pelaksanaan langkah ini dijangka dapat mengurangkan jurang pembangunan sosioekonomi antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: RMK-12 - Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan
Memantapkan Penyediaan Infrastruktur
Melalui RMK-12, Kerajaan akan memantapkan penyediaan infrastruktur dan ketersambungan bagi menyokong aktiviti ekonomi, dan menambah baik penyampaian perkhidmatan sosial, terutamanya di kawasan luar bandar.
Kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap infrastruktur asas, termasuk jalan, bekalan air dan elektrik, selain memperluaskan lagi liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk.
“Di samping itu, infrastuktur baharu bagi perkhidmatan air seperti empangan, takungan air pinggiran sungai, loji rawatan air, dan loji rawatan kumbahan akan dibina, manakala infrastruktur sedia ada akan ditambah baik.
“Bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), peruntukan akan disediakan di bawah Program Pengurangan NRW di Sabah dan Sarawak,” menurut dokumen itu lagi.
Bagi liputan jalur lebar di Sabah dan Sarawak pula, ia akan terus dipertingkat melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), bertujuan bagi memperluas liputan perkhidmatan, serta menyediakan peluang digital yang saksama kepada penduduk.
Peluasan infrastruktur di bawah Jendela, memolehkan 100 peratus liputan jalur lebar di kawsan berpenduduk.
“Sehubungan itu, infrastruktur digital baharu di 382 tapak akan disediakan di Sabah, dan 636 di Sarawak.
“Sebanyak 781 points of presence (POP) pula akan disediakan di Sabah, dan 643 di Sarawak, bagi membolehkan premis kerajaan, kawasan perumahan, dan kawasan komersial mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar,” menurut dokumen itu lagi.
Menambah Baik Sistem Bekalan Elektrik
Bagi menyelesaikan isu kekurangan penjanaan elektrik di pantai timur Sabah, Kerajaan akan membina loji janakuasa baharu, serta menaik taraf talian penghantaran Grid Timur-Barat Sabah.
Selain itu, projek talian penghantaran Southern Link akan dimulakan dengan kerja awalan dalam tempoh pelaksanaan RMK-12.
Manakala sistem bekalan elektrik di Sarawak pula akan terus diperkukuh dengan pelaksanaan projek hidroelektrik Baleh, berkapasiti 1,285 megawatt, yang dijangka siap pada tahun 2025.
Bagi memenuhi peningkatan permintaan, Sarawak bakal membina satu lagi talian penghantaran 500 kV, sebagai talian penghantaran utama kedua.
Di samping itu, Grid Utara akan dibina bagi meningkatkan Sistem Grid Negeri untuk meliputi seluruh negeri Sarawak.
Firdaus Azil
Mon Sep 27 2021
Pelaksanaan langkah ini dijangka dapat mengurangkan jurang pembangunan sosioekonomi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Iran lakukan ‘kesilapan besar’ serang Israel, kata Benjamin Netanyahu
"Kami akan mematuhi peraturan yang kami tetapkan: sesiapa yang menyerang kami - kami akan menyerang" mereka,- ikrar Netanyahu.
Pangkalan tentera Israel berjaya diserang - Hezbollah
Sistem pertahanan peluru berpandu Israel disifatkan "lemah" dan sejumlah tentera zionis terkorban dalam serangan Iran itu.
Amaran Iran kepada Israel: “Ini hanya sebahagian daripada kuasa kami”
Serangan peluru berpandu balistik Iran semata-mata untuk mempertahankan kepentingan negara dan rakyat.
BORA, RESPECT promosi kaedah baharu urus konflik gajah-manusia
Pendekatan itu termasuk membangunkan kawasan makanan gajah di lokasi tertentu, jauh dari kawasan ladang dan kebun.
Akta 852 terima sokongan masyarakat, perlu tingkat kesedaran larangan merokok
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada Selasa mendapat reaksi positif daripada rakyat.
Liga Super: Perak FC rayu penyokong hadir saksi aksi terakhir di Stadium Perak
Perlawanan itu merupakan detik penting kepada pasukan dan peminat bola sepak Perak sebelum stadium tersebut menjalani pengubahsuaian.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Akta 852: Langkah penting bentuk tingkah laku, pemikiran masyarakat
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang mula berkuat kuasa Selasa langkah dinantikan dan penting untuk negara.
Dua jam tular, penuntut berjaya masuk UMK terima sumbangan orang ramai
Luahan seorang pesara kerajaan mengenai kekurangan wang pendaftaran bagi membolehkan anak perempuannya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya meraih perhatian.
Iran lepaskan ratusan peluru berpandu balistik ke Israel
Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada Selasa sebagai tindak balas terhadap serangan zionis terhadap sekutunya Hezbollah di Lubnan.
RMK13 tumpu usaha rapat jurang sosioekonomi ikut negeri, utamakan kebajikan rakyat
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
RMK-12: Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung
Pelaksanaan langkah ini dijangka dapat mengurangkan jurang pembangunan sosioekonomi antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung.