KUANTAN: Sebanyak RM5.7 juta telah diperuntuk bagi projek menaik taraf bekalan air di Bukit Kuin di sini yang dijangka siap pada April tahun depan.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek itu akan memanfaatkan kira-kira 5,700 penduduk dan pihak kontraktor disaran menyiapkan kerja lebih awal.
Beliau berkata kerajaan negeri akan memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan projek itu lebih awal kerana rakyat akan memperoleh kemudahan air sempurna dengan lebih cepat.
"Projek yang siap dengan cepat adalah satu bonus kepada kita dan rakyat. Jika terlewat, bukan sahaja rakyat yang menghadapi kesukaran bahkan kita sebagai kerajaan mendapat tempiasnya kerana akan dipersalah atas kelewatan itu.
"Bagaimanapun, kita faham situasi kontraktor... kadangkala kelewatan tidak dapat dielakkan atas pelbagai faktor dan antara yang utama ialah cuaca buruk," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Air Kampung Bukit Kuin hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad Saiful Zaini Mohd Bokhari.
Wan Rosdy juga berkata pihaknya sudah mengenal pasti setiap kawasan yang berdepan masalah bekalan air di Pahang dan komited untuk mengatasinya demi kemudahan kepada rakyat.
"Kita akui terdapat masalah bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan saya sendiri telah pergi hampir ke setiap daerah untuk mendengarnya.
"Kami cuba sebaik mungkin untuk selesaikan perkara ini tetapi ia tidak boleh dilakukan dengan cepat kerana perlu mendapatkan laporan, memohon peruntukan dan mencari kontraktor yang berkebolehan untuk melaksanakan projek bekalan air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bercakap kepada wakil media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Kampung Bukit Kuin hari ini. - Foto BERNAMA
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan kompleks sukan di Pahang dinaik taraf
Langkah itu diambil oleh Kerajaan MADANI yang sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif strategik berkaitan belia dan sukan negara.
Kerja naik taraf Kompleks Sukan Labuan siap menjelang Oktober 2025 - Hannah
Projek tersebut melibatkan beberapa kontraktor sedang dipantau dengan teliti oleh JKR Labuan bagi memastikan kemajuan kekal stabil.
PPR ditambah baik, sedia perumahan mampu milik lebih kondusif
Kerajaan akan menambah baik Program Perumahan Rakyat (PPR) menerusi pelaksanaan Program Residensi Rakyat (PRR) bagi menyediakan perumahan mampu milik yang lebih kondusif kepada rakyat.
Terminal bas Shahab Perdana Alor Setar bakal dinaik taraf
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan sebuah syarikat kontraktor hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) untuk menaik taraf dan mengurus Terminal Bas Shahab Perdana.
Pattani akan dinaik taraf sebagai Bandar Ketam Laut
Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) akan menaik taraf Pattani di selatan Thailand sebagai "Bandar Ketam Laut".
Tiada keperluan naik taraf SSBJ kepada kolej, universiti sukan - Bekas pengetua
Bekas pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Datuk Marina Chin berpendapat tiada keperluan untuk menaik taraf sekolah itu menjadi kolej atau universiti sukan.
Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim
Buat masa ini padang tersebut tidak mempunyai kemudahan asas seperti bilik persalinan pemain dan tempat duduk penonton.
Tandas awam, surau di Hentian Sebelah Setul ditutup bagi kerja naik taraf
Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) menutup kemudahan tandas awam dan surau di Hentian Sebelah Setul bermula hari ini hingga 31 Okt depan.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
Stesen Keretapi Ipoh, Hotel Majestic bakal berwajah baharu
Rumaizi berkata, kerja naik taraf itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh.