JOHOR BAHRU: Syarikat pembekal air Johor, Ranhill SAJ Sdn Bhd merancang untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan Rengit, Batu Pahat dengan kos RM44 juta.
Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Ranhill Utilities Berhad Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata peruntukan itu bagi melaksanakan projek saluran paip dan tangki air Rengit, yang kini berada pada peringkat reka bentuk kejuruteraan terperinci (DED).
Beliau berkata projek itu melibatkan pemasangan paip baharu bersaiz 450 milimeter (mm) sepanjang 10 kilometer (km) dari Loji Rawatan Air (LRA) Parit Raja ke Parit Kadir, pemasangan paip baharu bersaiz 450mm sepanjang 11km dari Rengit ke tangki air baharu dan penambahan 4.5 juta liter di tangki Kampung Tengah.
"Rengit merupakan antara kawasan tumpuan ketika musim perayaan lepas, beberapa inisiatif segera telah dilakukan bagi menampung peningkatan mendadak ke atas bekalan air bersih di kawasan itu.
"Kita komited dalam mencari jalan penyelesaian jangka panjang yang tuntas bagi menangani masalah yang diutarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Zaffarollah berkata antara inisiatif yang dilakukan di seluruh negeri ini termasuk Rengit pada musim perayaan lepas adalah inline injection menggunakan lori tangki swasta, menyediakan lori tangki dan menyediakan tangki statik.
"Kita juga dalam proses melaksanakan projek pengedaran dan pengepaman sebaris di Rengit dengan anggaran kos sebanyak RM4 juta, melibatkan pemasangan pam air baharu di Parit Kadir dan pemasangan paip baru Unplasticized Polyvinyl Chloride (UPVC) bersaiz 250 mm sepanjang tiga km di Jalan Rejo Sari.
"Selain itu, pemasangan paip baharu bersaiz 250 mm jenis UPVC sepanjang empat km di Jalan Rejo Sari dan projek ini telah pun siap 97 peratus," katanya sambil menambah inisiatif itu dijangka dapat menstabilkan bekalan air di kawasan Rengit.
Mohd Zaffarollah turut mengucapkan terima kasih kepada Mohd Puad yang juga Speaker DUN Johor kerana membangkitkan isu berkenaan dan bersedia menerima teguran serta kritikan membina, demi kesejahteraan penduduk negeri itu.
Sebelum ini, Mohd Puad menulis surat terbuka kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat air itu, Tan Sri Hamdan Mohamad menerusi hantaran di laman Facebooknya yang mahukan penyelesaian menyeluruh terhadap isu bekalan air di kawasan Rengit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Mohd Zaffarollah berkata, Ranhill SAJ juga dalam proses melaksanakan projek pengedaran dan pengepaman sebaris di Rengit dengan anggaran kos sebanyak RM4 juta.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb
Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Feb ini sepertimana yang diputuskan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA
Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ranhill SAJ dinobat sebagai operator air pertama memiliki HACCP bagi kesemua LRA di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ
Peruntukan itu bagi melaksanakan projek saluran paip dan tangki air Rengit, yang kini berada pada peringkat DED.

Ranhill SAJ saran masyarakat ada kesedaran bendung pencemaran sumber air mentah
Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr. Nor Ifuan Md Nor menegaskan, kesedaran itu perlu memandangkan kawasan hulu sungai adalah punca utama untuk air terawat.

Gangguan air 4 hari di Kluang, jangan risau air ada malam ini - Ranhill SAJ
Astro AWANI hari ini melaporkan penduduk di Taman Kluang Barat masih belum menerima bekalan air sejak empat hari lalu susulan kejadian paip pecah.

Punca air bau pandan di Johor disiasat
Siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda pencemaran berlaku malah langkah mengatasi telah dilakukan dan pemulihan secara berperingkat sedang berlaku.

Guna air berhemah pada musim kemarau - SAJ
Ini berikutan musim kemarau yang dijangka berlanjutan sehingga April berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.