Ranhill SAJ Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) akan menjalankan siasatan lanjut ke atas air mentah di Sungai Johor yang dilaporkan berbau pandan bagi mencari punca kejadian terbabit dan memastikan kualiti air terawat yang dibekalkan berada pada tahap optimum.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Ifuan Md Nor berkata siasatan awal yang dilakukan ke atas air terawat mendapati tiada sebarang tanda pencemaran berlaku malah langkah mengatasi telah dilakukan dan pemulihan secara berperingkat sedang berlaku, di kawasan-kawasan yang terjejas.
Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan pengguna air terawat di beberapa kawasan di daerah ini yang mengalami 'air berbau Pandan' tidak perlu bimbang akan keselamatan air yang dibekalkan, kerana kualiti air terawat yang diterima adalah selamat dan mematuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), walaupun sedikit berbau Pandan.
"Kita menerima aduan berkenaan sejak semalam membabitkan kawasan Mutiara Rini, Nusa Bestari, Horizon Hill, Setia Indah, Selesa Jaya, Johor Jaya, Kulai IOI, JP Perdana, Skudai Baru dan Desa Skudai dan sudah pun mengambil langkah penyelesaian, selepas menjalankan siasatan terperinci dalam sistem bekalan air terawat.
"Bau pandan itu hanya muncul apabila air dididihkan, dengan sebab itu siasatan menyeluruh dalam sistem agihan dilakukan segera semalam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, pengguna yang mempunyai sebarang nasihat dan bantuan boleh menghubungi Ranhill SAJ melalui melalui talian mesra 1-800-88-7474 atau SMS 63001 atau e-mel di customer.care@ranhill.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020
Siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda pencemaran berlaku malah langkah mengatasi telah dilakukan dan pemulihan secara berperingkat sedang berlaku. -Gambar fail
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Punca air bau pandan di Johor disiasat
Siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda pencemaran berlaku malah langkah mengatasi telah dilakukan dan pemulihan secara berperingkat sedang berlaku.