KUANTAN: Sejumlah RM32.2 juta diperuntuk Kerajaan Pahang melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bagi menyelesaikan masalah air di tujuh kawasan tumpuan di Lipis.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha menambah baik bekalan air di kawasan terbabit telah dan sedang dijalankan demi kesejahteraan rakyat.
“Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah menaiktaraf sistem agihan air di Loji Rawatan Air (LRA) Jelai dengan kos pembinaan RM15.8 juta yang bakal memberi impak positif kepada 6,378 akaun.
“Fasa pertama telahpun selesai dilaksanakan diikuti fasa kedua projek berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya pada September ini. Fasa pertama telah memberi impak di kawasan 'hotspot' seperti di Sungai Kerpan, Cheneras Jaya, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lipis, Flat Tempoyang, Kuarters Kerajaan Batu 3, Jeram Bungor dan Kuala Lanar.
“Kapasiti Loji Jelai ini telah dinaik taraf dan dapat menghasilkan dari 500 meter padu sejam kepada 1000 meter padu sejam air terawat. Kadar kenaikan kapasiti 100 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat dan taklimat penambahbaikan bekalan air daerah Lipis yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sallehuddin Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Saiful Zaini Mohd Bokhari dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim.
Wan Rosdy yang juga Adun Jelai turut mezahirkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang telah memperuntukkan RM111 juta bagi membekalkan liputan air baharu di kawasan luar bandar di daerah Lipis.
“Perancangan untuk mengatasi masalah air di daerah lain juga kini sedang diperincikan dalam masa terdekat. Saya yakin segala perancangan yang diatur ini dapat memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Saiful Zaini berkata, sekiranya kesemua projek telah disiapkan sepenuhnya, ia dapat menyelesaikan masalah kira-kira 11,000 akaun pengguna.
“Kesemua projek ini melibatkan 11,154 akaun pengguna dan daripada daripada jumlah itu, 92 akaun di Rumah Murah Sungai Kerpan telah pun selesai.
“Bakinya pula melibatkan LRA Benta iaitu Pekan Benta, Jerkoh, Budu, Kemahang, Tanjung Besar, Jeransang, Batu 13, dan Taman Jelai. Ia juga melibatkan pemegang akaun dari LRA Benta ke Kampung Tersusun Jerkoh sepanjang lima kilometer.
“Turut terlibat LRA Kechau; LRA Merapoh; LRA Jelai; dan Rumah Pam Kampung Bukit Kota,” katanya.
Ifti Femida
Mon Apr 11 2022

Wan Rosdy sewaktu mesyuarat dan taklimat penambahbaikan bekalan air daerah Lipis diKuantn, hari ini. - Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

RM32.2 juta diperuntuk selesaikan masalah air Lipis
Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah menaiktaraf sistem agihan air di Loji Rawatan Air (LRA) Jelai.