Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima peruntukan RM30 juta untuk meneruskan Program Subsidi Ujian Mamogram pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata inisiatif melalui agensinya, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu akan memberi manfaat kepada lebih 60,000 wanita bagi mengesan kanser payu dara.
"Tahun ini, Kabinet meluluskan pelaksanaan program ini memandangkan ujian mamogram untuk mengesan kanser payu dara yang diperkenalkan sejak 2007 mendapat sambutan.
"Program ini salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kesihatan payu dara dan kepentingan membuat pengesanan lebih awal," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Penutupan Wanita Sejahtera Keluarga Bahagia sempena perayaan Ponggal yang dihadiri lebih 200 masyarakat India di sini pada Ahad.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan menganyam daun kelapa, mengikat bunga melor, demonstrasi melakar inai, selain turut disediakan pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN.
Menjelas lanjut, Azizah berkata ujian mamogram sangat penting kerana sembilan daripada 10 kes dapat dikesan lebih awal.
Beliau turut berharap pelaksanaan program itu secara tidak langsung akan dapat memperluaskan perkhidmatan yang ditawarkan terus kepada kumpulan sasar di bandar dan pedalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017

AZIZAH: KPWKM menerima peruntukan RM30 juta untuk meneruskan Program Subsidi Ujian Mamogram pada tahun ini. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

96.1 peratus graduan UniKL MFI berjaya dapat kerja
Kebolehpasaran graduan teknikal Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) terbukti apabila 96.1 peratus pelajar dari institusi tersebut berjaya memperoleh pekerjaan.

PRN Sabah: Calon wanita, Srikandi Bersatu serah kepada pucuk pimpinan
Srikandi Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan calon dari kalangan wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

RM30 juta subsidi ujian mamogram tahun ini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima peruntukan RM30 juta untuk meneruskan Program Subsidi Ujian Mamogram pada tahun ini.