KUALA LUMPUR: Peruntukan RM1 juta telah diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kemensah serta lain-lain kerja yang berkaitan, susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height, Jumaat lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata peruntukan itu adalah daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diurus oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Beliau berkata peruntukan itu diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya ia akan digunakan bagi menyediakan laluan masuk, platform jentera dan pemasangan cerucuk keping (sheetpile) sepanjang 200 meter untuk mengelakkan kerosakan harta benda penduduk yang tinggal berhampiran sungai itu.
"Kerja-kerja ini perlu dilakukan bagi membaik pulih aliran dan tebing sungai untuk mengurangkan risiko pergerakan tanah ke atas lot-lot unit kediaman di kawasan bersebelahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Kajian penilaian dan tindakan ini diselaras secara bersama oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya," tambahnya.
Pada 17 Sept lepas kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights itu menyebabkan 27 rumah penduduk terjejas, selain menyekat aliran sungai di bawah bukit kawasan itu daripada terus mengalir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 21 2021

Peruntukan RM1 juta telah diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kemensah serta lain-lain kerja yang berkaitan, susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height, Jumaat lepas. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Malaysia menerajui ASEAN dalam aspek perumahan mampu milik - Juwai IQI
Malaysia membelanjakan jumlah yang besar, iaitu memperuntukkan RM2.85 bilion untuk perumahan mampu milik setiap tahun.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.

Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.

RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.

MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.

Kerajaan peruntuk lebih RM127 juta untuk bantuan musim tengkujuh - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM127.4 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara.

KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.