Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di sekitar ibu kota.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebahagian daripada dana itu akan disalurkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan perubatan, perkhidmatan kaunseling selain menyediakan kemudahan kepada golongan gelandangan.
Pihaknya juga akan menggerakkan satu jawatankuasa khas gelandangan yang dianggotai agensi-agensi kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Agensi Antidadah Kebangsaan serta beberapa NGO dalam usaha itu.
"Dana ini juga akan digunakan untuk melengkap kemudahan-kemudahan gelandangan seperti di asrama yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat yang akan menggaji mereka untuk bekerja.
"Kami mahu memastikan supaya Kuala Lumpur dapat dibersihkan dan mengelakkan gelandangan terus berkeliaran untuk jangka masa panjang meskipun sudah habis tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam ucapan beliau secara langsung di Facebook hari ini.
Pihak luar juga dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang sumbangan kepada dana khas itu bagi membolehkan perancangan jangka panjang untuk golongan gelandangan dapat digerakkan.
"Golongan dengan kepakaran dalam perubatan dan kesihatan mental juga dialu-alukan untuk membantu kami sebagai sukarelawan dalam jawatankuasa itu supaya gelandangan dapat dibantu," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, setakat semalam, berlaku pertambahan sebanyak 27 kes positif COVID-19 di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 830 kes.
"Selain itu, operasi sanitasi bangunan-bangunan, termasuk bangunan dalam di sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di ibu kota akan terus dijalankan, terutamanya apabila ada kes positif dilaporkan di satu-satu tempat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020
Dana RM1 juta akan disalurkan kepada NGO untuk tujuan perubatan, perkhidmatan kaunseling selain kemudahan lain kepada golongan gelandangan, kata Annuar Musa. - Gambar Astro AWANI
Penduduk Gaza cari jalan uruskan saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Setahun Genosid Gaza: Derita musim sejuk tanpa rumah untuk berlindung
Setahun genosid Gaza, penduduk terpaksa mengharungi musim sejuk dengan hanya berlindung di khemah tanpa rumah yang hangat.
Penduduk Gaza kutip serpihan runtuhan jadi batu nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Menjelang setahun pencerobohan tentera Israel di Gaza, situasi masih belum menampakkan bayang serangan rejim Israel akan dihentikan dalam masa terdekat.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Ehsan Property lancar pembangunan bersepadu baharu Ehsan Widuri
Pemaju hartanah terkemuka, Ehsan Property melancarkan pembambangunan bersepadu baharu dikenali sebagai Ehsan Widuri bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap kediaman berkualiti tinggi dengan fokus pada kelestarian dan reka bentuk yang inovatif.
Protes di Islamabad: Kumpulan media Malaysia nyaris terkandas, jalan ditutup dengan kontena
Sekumpulan media dari Malaysia berhadapan detik mendebarkan selepas terpaksa menggunakan laluan alternatif untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
Agenda pemerkasaan ekonomi adil untuk semua kaum - PM Anwar
Perdana Menteri berkata agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
SPRM beri tumpuan enam bidang tambah baik CPI Malaysia
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.