KOTA KINABALU: Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pembangunan luar bandar di seluruh negeri Sabah untuk tahun ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Menurut Mahdzir, peruntukan berkenaan bertujuan membiayai projek jalan luar bandar, jalan kampung, bekalan air bersih luar bandar dan projek bekalan elektrik luar bandar.
"Ada projek yang dilaksanakan di Sabah pada tahun ini lewat disiapkan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa PKP, ada kontraktor yang terpaksa menghentikan operasi disebabkan ada arahan yang dikeluarkan.
"Oleh itu, ada projek yang sepatutnya siap pada Mei lepas terpaksa ditangguhkan hingga hujung tahun ini," katanya kepada media selepas melawat projek menaik taraf jalan raya Kampung Pulau Penampang, pada Ahad.
Mahdzir turut melawat beberapa projek luar bandar antaranya projek naik taraf Jalan Konkrit Kampung Ratau, Manggatal, Kota Kinabalu.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak berkenaan proses pembangunan di Sabah lambat, Mahdzir berkata Sabah adalah negeri yang besar dan memerlukan jumlah peruntukan yang besar.
"Contohnya, jalan raya di Sabah panjang dan ia memerlukan peruntukan yang sangat besar. Oleh itu, jalan raya berkenaan hanya boleh dibina sedikit demi sedikit dan ambil masa untuk disiapkan.
"Apa yang pasti setiap tahun ada sahaja peruntukan diberikan untuk pembangunan Sabah dan ia tidak pernah berhenti," katanya lagi.
Sementara itu Mahdzir berkata, beliau bersama pengurusan tertinggi kementeriannya datang ke Sabah untuk meninjau perjalanan projek yang telah dilaksanakan di negeri itu.
"Hari ini saya telah mendengar taklimat mengenai pembangunan luar bandar di Sabah dan saya mahu lihat apa projek yang telah dijayakan dan apa perancangan untuk tahun hadapan," katanya.
Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Sabah selama tiga hari bermula Ahad.
Astro Awani
Sun Oct 17 2021

Mahdzir berkata peruntukan berkenaan adalah untuk membiayai projek jalan kampung, bekalan air bersih luar bandar dan projek bekalan elektrik luar bandar. - Gambar fail/Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

RM1.2 bilion peruntukan pembangunan luar bandar di Sabah - Mahdzir
Menurut Mahdzir, peruntukan berkenaan bertujuan membiayai projek jalan luar bandar, jalan kampung, bekalan air bersih luar bandar dan projek bekalan elektrik luar bandar.