Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Zulkefli Mohd Zin hari ini mengesahkan, Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail tidak akan dihantar ke New Zealand dalam waktu terdekat.

Sehingga kini, Muhammad Rizalman masih dirawat di Hospital Tentera Tuanku Mizan bagi meneruskan penilaian tahan kesihatan mental dan emosinya.

"Jadi keputusannya, kita akan mengembalikan dan menghantar pegawai waren ini ke New Zealand apabila keadaan sesuai dan semua keperluan yang dibincang telah dipenuhi," jelas beliau.

" Ia bukan mengenai masa. Kami juga tidak tahu bila, tetapi kami percaya, dia (Muhammad Rizalman) akan dihantar nanti.

"Seperti yang dimaklumkan, Muhammad Rizalman tidak bersalah sehingga terdapat bukti yang menyatakan dia bersalah. Seperi juga menteri (Datuk Seri Hishammuddin) katakan semalam, masyarakat diminta jangan membuat hukuman sendiri," katanya lagi pada sesi sidang media di Wisma Pertahanan disini.

Beliau turut mengesahkan bahawa Muhammad Rizalman kini masih dirawat di hospital dan tiada sebarang perkembangan terbaru.

Zulkefli ditemui selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Aidilfitri kepada Kotinjen MALBATT 850-1 yang disampaikan Timabalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Muhammad Rizalman, 38 tahun, didakwa mengekori seorang wanita berusia 21 tahun dari perhentian bas je rumahnya di Brooklyn, sebelum memecah masuk dan menanggalkan pakaiannya.

Tertuduh ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei 2014 dan dibawa ke mahkamah pada 10 Mei.