TELUK INTAN: Sepasang telekung berwarna merah jambu menjadi kenangan pemberian terakhir Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni kepada ibunya di sini.
Megat Ashman Aqif, 21, pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand pada Sabtu mengirimkan hadiah istimewa itu sempena hari jadi ibunya, Noor Aishah Abdul Latif, 49, pada 12 Mac lalu.
Menurut Noor Aishah, pemberian itu sama sekali tidak dijangka kerana arwah sebelum ini tidak pernah menyebut mahu membelikannya telekung.
"Saya dah pakai pun telekung baharu itu untuk solat dan tarawih. Cantik sangat telekungnya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Melayu, Langkap dekat sini pada Ahad.
Noor Aishah berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu seorang yang suka berdikari hingga sanggup bekerja sambilan setiap kali cuti semester di sana bagi menampung sedikit sebanyak kos pembelajarannya.
Paling mengharukan katanya, anaknya itu tetap mahu mengirimkan duit belanja kepadanya menggunakan bayaran gaji yang diterima.
"Baru ini dia beritahu, Aqif ada kirim duit sikit dekat ibu. Saya kata kenapa Aqif bagi dekat ibu, sepatutnya ibu yang bagi pada Aqif.
"Dia kata tidak mengapa, dia lakukan begitu kerana mahu berkat dan doa seorang ibu.
"Aqif memang anak yang baik. ALLAH pinjamkan dia kepada saya selama 21 tahun dan dalam bulan Ramadan dia sedang berpuasa, ALLAH ambil kembali," katanya sebak.
Suri rumah itu memberitahu, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya pada Selasa lalu menerusi panggilan video di WhatsApp.
Jelasnya, arwah memberitahu bahawa dia dan rakan-rakan akan menduduki peperiksaan pada Khamis dan meminta agar mendoakannya.
"Arwah memang rajin bersembang, sepanjang belajar di sana dia hubungi saya menerusi video call setiap minggu bercerita aktivitinya, kadang-kadang hampir sejam bersembang. Itu membuatkan saya tak rasa dia jauh.
"Arwah ada menyatakan mahu pulang ke Malaysia untuk beraya bersama tetapi saya nasihatinya supaya tidak berbuat demikian memandangkan baru sahaja berada di sana," katanya.
Pada Sabtu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan.
Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan melibatkan lima penuntut Malaysia dengan tiga mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.
Pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.
Mangsa yang cedera pula dikenal pasti sebagai Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut daripada universiti sama sementara Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024

Megat Ashman Aqif sempat mengirimkan hadiah telekung sempena hari jadi ibunya, Noor Aishah Abdul Latif, 49, pada 12 Mac lalu. - Gambar/ Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.

Pelajar Malaysia di Syria selamat - Mohamad Hasan
Semua pelajar berada di kampus universiti dan situasi mereka sentiasa dipantau Konsulat Malaysia di Syria.

Kementerian Luar pastikan keselamatan pelajar Malaysia susulan rusuhan di Bangladesh
Kementerian Luar telah mengarahkan semua langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh.

Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.

Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.

Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.

Kariah masjid solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Megat Ashman Aqif
Solat itu diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Yussuf, Muhammad Shamsuddin dan turut dihadiri datuk kepada Allahyarham dan ahli keluarga lain.

Menguasai bahasa Perancis buka pelbagai peluang buat pelajar Malaysia
Bahasa Perancis adalah bahasa asing kedua yang dipelajari di sekolah menengah di Malaysia selepas bahasa Jepun.

28 pelajar Malaysia ikuti program YES di Amerika Syarikat
Apabila tiba nanti, pelajar akan ditempatkan bersama keluarga angkat dan sekolah angkat mereka di seluruh Amerika Syarikat.

Keluarga pelajar Malaysia yang maut di Taiwan bakal terima pampasan
Kematian pelajar itu didedahkan pada 13 Oktober tahun lalu oleh polis New Taipei selepas si pelaku mengakui dia telah membunuh mangsa.