KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam, di beberapa daerah di Johor dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.
JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.
Di Johor melibatkan mukim Sungai Punggor bagi daerah Batu Pahat dan mukim Benut di daerah Pontian.
Di Sarawak pula di bahagian Kuching iaitu Jalan Laksamana Cheng Ho, Taman Bong Chin, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang, Lorong Kapor 10, Ulu Maong, Happy Valley, Taman Evergreen, Simpang Menuju ke Capital Garden, Jalan Burung Durian, Jalan Batu Kawa, Desa Wira, Kampung Gita, Hospital Umum Sarawak, Jalan Batu Lintang, kawasan perumahan RPR Batu Kawa serta kawasan sekitarnya.
Bagi bahagian Samarahan melibatkan Kampung Mang, Taman Residen, SK Muara Tuang, Kampung Tanjung Bundong, Taman Uni Garden, Kawasan Muara Tuang III, Kampung Empila, Kampung Tanjung Parang, Kampung Bangka Semong, Kampung Nuip serta kawasan sekitarnya.
Bahagian Mukah pula membabitkan Pekan Daro, Saliran di Daro serta kawasan sekitarnya.
Menurut JPS, notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam, di beberapa daerah di Johor dan Sarawak.- Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi, menjejaki trend dalam pasaran hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan aliran peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pekan Kuala Nerang dilanda banjir kilat malam ini
Beberapa kawasan di daerah Padang Terap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam malam ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hujan lebat jejaskan operasi penerbangan, sekolah ditutup di Mumbai
Hujan lebat yang melanda Mumbai menyebabkan kejadian banjir kilat serta menjejaskan operasi penerbangan pada Rabu malam.
Sistem perparitan tidak sistematik punca banjir kilat di Pengkalan Rama Tengah
Kerja-kerja penyelenggaraan longkang yang tidak berkala dan menyeluruh juga turut menyumbang kepada kejadian banjir kilat.
Perjalanan pengguna lebuh raya terkandas terowong dinaiki air
Sebuah terowong lebuh raya di daerah L'Ametlla de Mar, timur laut Sepanyol dilanda banjir kilat pada Sabtu.
Tiga sungai di Kedah lepasi paras bahaya
Tiga sungai di negeri ini direkodkan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat 10 malam ini.