Sistem imun tubuh manusia secara umum akan menjalankan tugasnya, iaitu bertindak balas jika mengenal pasti sebarang jangkitan di dalam badan.
Berdasarkan laporan situasi semasa, 80 peratus daripada pesakit yang dijangkiti COVID-19 boleh sembuh kerana sistem imun yang bertindak balas secara normal.
Namun, bagi sesetengah pesakit COVID-19, sistem imun tubuh bertindak balas secara ‘melampau’ terhadap jangkitan virus seterusnya menyebabkan kesihatan pesakit terus merosot.
Menurut Dekan Fakulti Perubatan, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, inilah yang disebut sebagai cytokine storm atau ‘ribut sitokin’ yang memburukkan tahap kesihatan pesakit COVID-19.
“Pada minggu pertama apabila pesakit itu dijangkiti, kuman ini akan mereplikasi pada paru-paru lalu menyebabkan simptom-simptom seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas.
“Sistem imun tubuh akan bertindak balas dengan cuba mengatasi jangkitan kuman ini.
“Tetapi bagi sesetengah pesakit, sistem imun berlaku secara ‘overdrive’, iaitu dengan molekul-molekul akan dilepaskan.
“Pada minggu kedua, apabila kesihatan pesakit merosot (kerana ribut sitokin) pesakit akan mengalami gejala sesak nafas dan komplikasi lain.
“Malah ada ujian kaji darah yang dikenali sebagai CRP, yang merujuk kepada ribut sitokin," katanya yang muncul dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Oleh kerana itu, beliau memaklumkan, satu ujian klinikal bakal dijalankan berkaitan pencarian penawar bagi sindrom ribut sitokin yang dialami oleh pesakit COVID-19.
Ujian kinikal yang akan dimulakan pada pertengahan April itu membabitkan empat buah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Berdasarkan pemerhatian pengalaman rawatan di seluruh dunia, jelas Dr Adeeba, PPUM yang mula menjalankan ujian rawatan menggunakan ubat tocizulimab untuk pesakit ribut sitokin kini menampakkan kesan yang memberangsangkan.
Ini termasuklah enam pesakit yang menjalani ujian peringkat awal berkenaan tidak lagi memerlukan bantuan ventilator.
Ujian klinikal itu merupakan antara lima kajian seumpamanya di peringkat antarabangsa ketika ini, yang membabitkan penyelidikan terhadap ujian ubat tocilizumab bagi merawat COVID-19 bagi pesakit pada tahap teruk.
Tambah Dr Adeeba, dana sejumlah RM1.5 juta diperlukan untuk ujian klinikal tersebut.
Fauzi Zin
Fri Apr 10 2020
Dr Adeeba berkata, PPUM yang mula menjalankan ujian rawatan menggunakan ubat tocizulimab untuk pesakit ribut sitokin kini menampakkan kesan yang memberangsangkan. - Gambar fail
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Maklumat tidak tepat punca enggan ambil vaksin - Dr Adeeba
Keadaan mungkin berubah dan lebih berkesan jika seseorang yang dihormati seperti Menteri Agama dan mufti di negeri-negeri serta imam di setiap masjid dapat memberikan penjelasan.
Tanggapan vaksin untuk kanak-kanak jadikan orang ramai sangsi - Pakar
Apabila negara berhasrat memberikan vaksin kepada hampir seluruh populasi atau 80 peratus penduduk negara, ia mengejutkan ramai.
'Ribut Sitokin' memburukkan COVID-19
Berdasarkan laporan situasi semasa, 80 peratus daripada pesakit yang dijangkiti COVID-19 boleh sembuh kerana sistem imun yang bertindak balas secara normal.
COVID-19: Jangan balik kampung, kekal di mana anda berada - Pakar
Mereka yang dari kampung juga dinasihatkan tidak datang ke bandar pada waktu ini dan kurangkan perjalanan.
Peruntukan sistem kesihatan di penjara perlu dikaji semula
Adeeba berkata walaupun kementerian itu telah meminjamkan pegawai-pegawai perubatan ke semua penjara utama dalam negara, masih banyak ruang yang boleh ditambahbaik.