KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Lim Ze Hui berkata ribut petir dan hujan pada sebelah petang itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Sabah dan Sarawak.
"Pada sebelah pagi, hujan dijangka berlaku di kawasan pesisir pantai bagi negeri Terengganu dan Kelantan, manakala negeri-negeri lain cuaca baik. Sebelah malam pula di Semenanjung hujan dijangka berlaku di Perak dan Selangor.
"Lebih kurang begitulah corak keadaaan cuaca pada minggu hadapan. Ribut petir yang kuat juga berpotensi untuk berlaku hujan batu, seperti yang berlaku di Shah Alam dan Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, beliau berkata hujan dijangka berlaku pada sebelah malam, terutamanya di kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah serta bahagian tengah dan utara Sarawak.
Sehubungan itu, Lim menasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang mendiami kawasan rendah dan senang dinaiki air supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada, berikutan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.
"Mereka yang mendiami di kawasan struktur yang tidak kukuh, dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ribut petir dan angin kencang boleh merosakkan struktur-struktur yang tidak kukuh, dan ini sangat membahayakan keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Kelantan sudah sedia hadapi Monsun Timur Laut
Kerajaan Kelantan sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan bakal berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok hingga Mac 2025.
Ribut petir, hujan lebat dijangka di KL, lapan negeri - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini.
Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang.
Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut akan bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025.
Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di KL, 11 negeri
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 11 negeri dan ibu negara hingga pukul 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.
Ribut petir diramal landa utara tanah air esok
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di KL, Labuan, Terengganu serta enam negeri lain
MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda Kuala Lumpur, Labuan, Terengganu dan enam negeri hingga 7 malam ini.
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri
Negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Kelantan dan Sarawak.