TAMPIN: Saya nampak bumbung serta kayu penghadangnya terangkat dan terpusing-pusing dalam sekelip mata, ketika itu saya cuma fikir untuk selamatkan isteri dan seorang anak lelaki saya, yang merupakan orang kurang upaya (OKU), kata Othman Md Noor, 74, mangsa kejadian ribut di Felda Jelai 1, Gemas di sini semalam.
Menyifatkan ia kejadian terburuk pernah dialami sejak menetap di kawasan itu 41 tahun lepas, Othman yang tinggal bertiga bersama isteri dan seorang anak berkata, hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin sejauh 50 meter, selain perabot rumah turut musnah dalam kejadian yang berlarutan selama kira-kira setengah jam bermula pukul 5.50 petang.
"Memang tak terjangka, sangat terkejut, sebelum ni kalau hujan atau ribut tak ada kesan sangat, tapi semalam, angin kuat dulu datang dan disusuli hujan lebat, tak dapat selamatkan apa-apa, hanya sempat selamatkan isteri Juriah Abdillah, 76, yang tak dapat berjalan, dan anak.
"Tak sempat minta tolong jiran-jiran, lepas hujan reda, baru saya tahu mereka juga mengalami perkara sama tapi tidak seteruk saya, semalam pukul 9 malam kami dipindahkan ke Kuarters Felda Jelai 1 dekat sini untuk sementara waktu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bapa kepada lapan anak itu berkata kediamannya dijangka mengambil masa kira-kira sebulan hingga dua bulan untuk dibaik pulih sepenuhnya, dan kerugian dialami pula dianggarkan lebih RM20,000.
Petang semalam, kira-kira 30 rumah membabitkan lebih 130 penduduk di Gugusan Felda Jelai 1 hingga 4 dekat sini mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta ribut, ada bumbung rumah penduduk diterbangkan angin, manakala beberapa kenderaan rosak dihempap pokok.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
Sementara itu sebuah kereta jenis proton Wira milik Mohd Aminuddin Zaki, 42, turut rosak hampir 60 peratus akibat dihempap pokok yang diletakkan berhampiran rumahnya di sini.
"Saya baru letak kereta di situ lima minit saja, kemudian pokok tumbang dan menghempap kereta, mujur saya sempat masuk ke rumah ketika itu, selain itu bumbung bahagian depan rumah juga turut diterbangkan angin," katanya kepada pemberita hari ini.
Ahli Parlimen Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom memberitahu pemberita pihaknya akan menyalurkan bantuan dalam kadar segera selepas mendapat laporan terperinci dan jumlah sebenar mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan daripada pihak berkaitan selewat-lewatnya esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
Rumah lebih 130 penduduk di Gugusan Felda Jelai 1 hingga 4 dekat sini mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta ribut. - Bernama
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
Ribut di Gemas: Penduduk sifatkan terburuk sejak lebih 40 tahun
Petang semalam, kira-kira 30 rumah membabitkan lebih 130 penduduk di Gugusan Felda Jelai 1 hingga 4 dekat sini mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta ribut.