BERA: Ribuan anggota Keluarga Malaysia hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera anjuran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Laman Kerayong, di sini hari ini.
Ismail Sabri juga sempat meluangkan masa melawat gerai-gerai juadah seperti nasi dagang, lemang, rendang dan laksa Pahang.
Keluarga Malaysia di Bera turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama Perdana Menteri sambil beramah mesra.
Rata-rata pengunjung yang hadir berasa teruja dengan penganjuran rumah terbuka berkenaan setelah dua tahun tidak dapat menikmati suasana perayaan akibat pandemik COVID-19.
Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera bermula jam 9 pagi sehingga jam 2 petang itu dikunjungi pelbagai golongan masyarakat di sekitar Bera sebagai sebuah keluarga besar Malaysia yang turut membawa bersama anak-anak, keluarga dan rakan.
Esok 8 Mei akan diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Mohd Zalani Md Atan
Sat May 07 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan penyedia juadah pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 di Laman Kerayong, hari ini.- Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana - PM Anwar
Perdana Menteri hanya akan menghadiri majlis sedemikian yang dianjurkan di peringkat negeri atau kementerian.

Tumpu isu kemiskinan kaum Melayu, bukan anjur enam rumah terbuka - Tun M
Katanya, kerajaan tidak seharusnya berasa seronok dengan mengadakan majlis rumah terbuka sedangkan masalah kaum Melayu terus terpinggir.

Rumah terbuka Aidilfitri enam negeri lebih jimat - MB Selangor
Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Rumah terbuka Aidilfitri di negeri pembangkang tiada kaitan dengan PRN - PM Anwar
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri melibatkan tiga negeri pembangkang tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Tarian separuh bogel: Beberapa tangkapan lagi akan dilakukan - KP Selangor
Turut ditahan, penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai 'Cik Lala.'

Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas
Seorang pemilik bengkel kenderaan, Wee Chin Long, 54, berkata dia terhidu bau itu ketika berada di dalam bengkelnya.

Tun M mohon maaf jika pentadbiran Pakatan Harapan kurang menyenangkan
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf sekiranya sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan terdapat perkara yang tidak membawa kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Penganjuran rumah terbuka medium rapat ukhwah pelbagai kaum di Perak - Zambry
Perayaan Aidilfitri membuktikan keunikan dan kelebihan masyarakat di negeri ini yang sentiasa bersatu padu dalam kepelbagaian dan perbezaan.