KUALA LUMPUR: Representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat pada tahun lepas ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan hari ini kepada Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali pada prosiding sebutan bagi mengetahui status representasi yang dikemukakan Wan Muhammad Azri atau dikenali Papagomo, 41, pada 5 April lepas.
"Berhubung representasi dikemukakan tertuduh pada 5 April lepas, arahan yang diterima daripada AGC pada pagi ini adalah untuk meneruskan kes. Representasi tertuduh ditolak," kata Deepa.
Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh berkata pihaknya menyerahkan beberapa dokumen berkaitan perbicaraan kepada pihak pembelaan dan memohon tarikh pengurusan kes dalam masa sebulan bagi menyerahkan baki dokumen.
Peguam Logen Eskander Abdullah yang mewakili Wan Muhammad Azri mengesahkan perkara itu.
Sehubungan itu Siti Aminah berkata kes akan diteruskan dengan perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini pada 11, 12, 29 dan 30 Julai, serta menetapkan tarikh pengurusan kes selanjutnya pada 4 Julai ini.
Pada 8 Jan lepas Wan Muhammad Azri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan, pro kepada Israel dan Barat di laman Facebook.
Dia didakwa menghasut di laman Facebook 'Halid Hamidi (Halid Mat Kool)' dan kata-kata itu dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 1 tengah hari, 8 Nov tahun lepas.
Pendakwaan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.

Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN
Pesuruhjaya Kehakiman benarkan permohonan Razarudin untuk perintah injunksi bagi menghalang Papagomo keluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.

Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.

Keputusan representasi Papagomo gugur pertuduhan hasut, babit Agong Januari depan
Keputusan representasi dikemukakan Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Jan depan.

Papagomo akan kemuka representasi untuk gugur tuduhan kes menghasut
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghasut.

Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.