KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewujudkan pusat rujukan bagi memperjelas dakwaan orang ramai terdapat elemen pilih kasih dalam pemberian kelonggaran rentas negeri dan pengendalian majlis tertentu semasa negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ia penting bagi membantu memperjelaskan rungutan masyarakat awam berhubung permohonan mereka yang ditolak.
Tegasnya, ia juga perlu bagi menangani trend segelintir masyarakat yang gemar mempertikaikan keputusan pihak berkuasa berhubung rentas negeri dan pengendalian majlis, di media sosial.
Noor Nirwandy berkata, melalui pusat rujukan ini, persepsi masyarakat dapat ditangani dengan lebih baik dan ia dapat membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pengurusan perkara itu dalam tempoh PKP.
"Laman web seperti sebenarnya.my boleh ditambah baik dan mewujudkan ruangan khas bagi menangani perkara tersebut atau mewujudkan pusat rujukan bersesuaian yang lain.
"Masyarakat juga dinasihatkan tidak membuat kenyataan berunsur provokatif dalam media sosial berhubung pengurusan COVID-19 tetapi seharusnya memberikan maklum balas konstruktif bagi tujuan penambaikan apa jua aspek pengurusan pandemik oleh kerajaan.
"Apa-apa kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 505b Kanun Keseksaan. Masyarakat juga terikat dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Ordinan Berita Tidak Benar dalam tempoh darurat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: COVID-19: Haram langgar larangan rentas negeri - Mufti Wilayah
BACA: Rakyat tidak jaga SOP tambah beban kepada kesihatan negara - Sultan Johor
Dalam pada itu, jelas Noor Nirwandy, kenyataan berbaur provokasi boleh menimbulkan ancaman keselamatan dan kerisauan sekiranya komen yang bermula atas dasar tidak puas hati menjadi lebih provokatif.
Tambahnya, ia berkemungkinan dimanipulasi golongan yang ingin mengambil kesempatan.
"Justeru, satu pengurusan isu yang baik perlu diadakan bagi kepentingan masyarakat dan negara.
"Kebersamaan penting dalam membantu kerajaan mempertingkatkan pengurusan keselamatan kesihatan COVID-19 demi kebaikan bersama," katanya.
Astro Awani
Mon May 03 2021
Menurut Noor Nirwandy, kenyataan berbaur provokasi boleh menimbulkan ancaman keselamatan dan kerisauan sekiranya komen yang bermula atas dasar tidak puas hati menjadi lebih provokatif. - Foto Sinar Harian
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.
Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.
Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Agong sembahkan DK Pahang kepada Sultan Johor, terima DK Johor
Al-Sultan Abdullah berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.