JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan lain di Pasir Gudang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, lori jenis Scania yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu dari arah Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru terbabas, lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh lima kenderaan lain.
Beliau berkata susulan nahas itu, seorang lelaki berusia 21 tahun yang memandu Perodua Alza meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini manakala seorang lagi lelaki berusia 46 tahun memandu Proton Waja masih dirawat di Zon Kuning HSI.
"Bagaimanapun, pemandu lori hanya mengalami luka kecil, manakala tiga lagi pemandu, dua memandu Perodua Axia dan seorang memandu Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Sohaimi berkata pemandu lori terbabit ditahan semalam di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membantu siasatan.
Beliau berkata pihak polis memandang serius kejadian melibatkan pemandu mabuk dan tidak akan berkompromi dengan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kejadian kemalangan berkenaan turut tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022

Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan lain di Pasir Gudang di sini, semalam. - Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Inisiatif MISI perkasa pemandu lori India Malaysia untuk tingkatkan peluang kerjaya
Program latihan selama tiga hari itu mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap latihan khusus dalam bidang logistik.

Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.

Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler di KM132.3 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, pagi tadi.

Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.

Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.

Pemandu lori didakwa sembunyi mesin ATM jongkong emas
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan menyembunyikan mesin juruwang automatik (ATM) emas Public Gold, baru-baru ini.

Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes lori mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut.

Polis kesan pemandu lori lawan arus
Polis sedang mengesan pemandu lori yang tular memandu melawan arus di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang sehingga menyebabkan kemalangan pada awal pagi Isnin lepas.

Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.