KUANTAN: Reman terhadap lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes melarikan kenderaan jenis Honda City di sebuah stesen minyak di Jalan Semambu di sini pada 3 Jun lepas, disambung hingga Jumaat ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata polis memohon lanjutan reman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu bagi meneruskan siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.
"Suspek disambung reman hingga 14 Jun selepas tempoh reman empat hari sejak 8 Jun lepas berakhir hari ini," katanya yang dihubungi hari ini.
Pada 5 Jun lepas, lelaki itu direman dua hari selepas diberkas sepasukan polis di sebuah rumah yang dicerobohnya di Kampung Chinta Manis, Karak, Bentong setelah tertidur hampir tiga jam di kediaman itu dan reman itu kemudian disambung hingga hari ini.
Hasil ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah selain mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Pada 3 Jun lepas, seorang pesara guru wanita melalui detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali menggunakan kereta milik anaknya, dalam kejadian di stesen minyak berkenaan kira-kira 3.10 petang.
Sebelum kejadian itu, mangsa Napisah Muhammad, 68, bersama suaminya Mohamed Halim Omar, 77, dan anak perempuannya yang merupakan seorang akauntan yang juga pemilik kenderaan terbabit berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi minyak serta ke tandas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek disambung reman hingga 14 Jun selepas tempoh reman empat hari sejak 8 Jun lepas berakhir hari ini.
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan
Penahanan wanita berumur 40-an itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat seorang lelaki kira-kira jam 4.27 petang semalam.
Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari
Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 18 hingga 20 tahun adalah warganegara Malaysia.
Koperal direman kes minta rasuah RM80,000
Suspek disyaki meminta wang rasuah kononnya bagi membantu membebaskan suaminya yang ditahan di bawah SOSMA 2012.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.
Kemalangan maut babitkan tiga beranak: Penjual sayur direman hingga esok
Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut.
SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta
SPRM memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.
SPRM reman tiga hari dua penguatkuasa JIM atur kemasukan warga asing
Kedua-dua pegawai terbabit dipercayai bersekongkol dengan lelaki Bangladesh bagi mengatur laluan masuk seorang warga Indonesia tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya.